Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan Ala Chef Wan
Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )
- 250 gm mentega
- 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
- 3 oz / 1 cawan tepung jagung
- 4 oz / 1 cawan gula aising
- 1 biji kuning telor
- Badam biji di panggang secukupnya
- Badam cincang untuk hiasan
- Coklat masakan secukupnya
- Mangkuk kertas/ paper cup – warna hitam yang paling sesuai
- Sedikit minyak jagung
- Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
- Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
- Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.
- Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.
- Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat itu. Kaedah double boiler boleh digunakan.
- Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji – biji.
- Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.
- Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment