" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Sunday, February 6, 2011

ASSIGNMENT CINTA 1 ( novel online)

Part 1


“ Apasal lambat ?” Tanya Zura apabila aku mendapatkannya di kantin HEP.  Aku segera menarik kerusi dan duduk berhadapan dengannya.
“ Kelas lambat keluar. Prof tu entah apa-apa. Bagi assignment payah betul. Lepas tu dateline tiga hari aje. Teruklah…” aku mendengus.
“ Subjek apa?” Soal Zura lagi.
“ Audit Comm. Subjek course aku. Engkau dah lama tunggu?” Soalku. Zura mengelengkan kepalanya.
“ Zue dan Zila mana? Kata nak jumpa di sini?” Soalku lagi sambil memandang sekeliling. Mencari kelibat teman-teman. Beberapa meja makan dikantin HEP itu semuanya kelihatan penuh dengan pekerja, pelajar dan pensyarah-pensyarah yang ada kuliah di fakulti yang berhampiran. Sememangnya kantin tersebut menyediakan lauk pauk yang enak jika hendak dibandingkan dengan kantin lain.
“ Zila ada discussion  kat Foyer Library. Zue, biasa lah. Dengan Syah la” beritahu Zura.
Discussion apa ke bendanya waktu ni? Sekejap lagi kan, dia ada kelas sekali dengan aku di Pusat Ko.K. Habis aku nak kena masuk seorang la ni. Tension betul hari ni la…” aku membebel.
“ Sekejap je kot. Dia cakap tadi, nak settlekan pasal projek Lawatan ke Bukit Merah hujung bulan ni. Dia kan AJK projek tu.Mesti ada banyak hal yang nak kena buat punya.” Zura menerangkan.
“ Habis dia aje. Kau kan tourism jugak. Satu kelas pula tu. Tak join projek sekali ke? soalku lagi.
“ Aku group lain. Projek lain la. Aku satu group dengan Rozie. Kitaorang ingat nak buat trip pergi Pulau Langkawi cuti semester nanti. Nak Join?” tanyanya sambil meneguk jus orange di depannya. Entah bila di ordernya jus orange tu tak pulak aku tahu.
“ Langkawi?” tanyaku kembali. Zura mengangguk-anggukkan  kepalanya. Wah! Bunyi macam bagus jer!
“ berapa nak kena bayar?” soalku berminat.
“ Tak tahu lagi. Semuanya masih dalam proses perbincangan lagi. Sebuah bas aje dahlah. Ramai-ramai tak best juga.” Ujarnya.
Student course lain boleh ikut ke, bukannya trip tu untuk student tourism je?” soalku masih belum berpuas hati. Maklumlah, kalau bab ikut lawatan ni, aku ok je. Tapi bab fulusnya tu yang kureng sikit.
“ Memanglah untuk student tourism aje. Tapi aku yang buat projek tu, selitkan kawan dua tiga orang, tak ada masalah punya. Lagipun pesyarah aku bagi kelonggaran. No tight rules.  Anyone want to go, pay. End of the stories . Tapi engkau senyap-senyap dah lah. Kang tahu dek Has, terasa hati pulak”
“ emm…ok. Tapi aku nak kena fikir dulu ni. Maklum la, sekarang ni tengah sengkek la.” Ujarku berterus terang. Waktu tu tiba-tiba aje kepala aku teringatkan duit pinjaman yang diberikan oleh pihak PTPTN tu dah tinggal sedikit je lagi. Banyak lagi benda yang aku nak kena buat dengan duit pinjaman tu selain daripada berhibur. Tapi sesekali nak juga pergi berhibur. Kata orang tenangkan hati dan fikiran daripada keserabutan pelajaran dan exam.
“ aku pun. Duit dah tak banyak ni. Eh, engkau tak nak makan ke? aku laparlah.Malas nak balik rumah. Tunggu kelas lagi satu. Pukul 3.00 nanti ni.”
“ aku dah makan roti tadi. Tunggulah habis kelas ni. Tak apa, hari ini aku masak.” Zura senyum lebar. Sepatutnya ikut jadual yang kitaorang buat, hari ini Zura yang masak.
“ ok, nanti aku cover balik.” Ujarnya.
“ no hal…” balasku senang.
Dari gerbang HEP, kelihatan Zila berlenggang menghampiri kami. Sebuah fail berwarna hijau terayun-ayun di bawanya.
            “ sorrylah In, aku lambat sikit. Eh, Zue mana?” soalnya sambil memerhati sekitar. Beberapa orang pekerja di Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang tadinya begitu asyik berbual sambil menikmati makan tengahari sudah ramai yang melangkah keluar dari kantin tersebut. Aku mengerling jam di tangan. Patutlah, sudah pukul 2.30 petang rupanya.
“ Zue….macam biasalah,” jawab aku bersahaja. Zila menggeleng-gelengkan kepalanya.
“ dah lah In, jom le. Kan terlambat pula masuk kelas.” Aku bangun. Menyorong kerusi ke bawah meja dan kemudiannya mengekori  langkah Zila dari belakang. Zura hanya memandang kami beredar dari kantin tersebut dengan pandangan kosong.
“ Zura, call Zue. Sudah-sudahlah tu dating. Dia ada kelas lagi lepas ni!” Laung Zila sebelum kami menghilang di balik tembok Pejabat HEP menuju ke pusat Ko.K. Dari jauh, Zura hanya tersenyum.

sambungan...
Novel Online: Assignment cinta 2

No comments: