" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

10 Tanda hubungan serius


  1. Kamu sering tertanya-tanya apakah yang sedang dilakukannya di tika itu? Adakah si dia sedang bergembira ataupun bermuram durja. Yang pastinya kamu akan pantas mencapai telefon dan segera menghubunginya. 
  2. Bayangannya hadir di saat kamu membuka mata dari tidur dan tentunya ada panggilan rindu daripadanya selepas itu. Malah mulut kamu juga tidak berhenti-henti mengucap namanya.
  3. Kamu berdua saling merindui antara satu sama lain walaupun perasaan cinta belum diungkapkan lagi. Bagi kamu, sehari tidak menatap wajahnya, gelodak rindu akan membayangi diri kamu akan ke mana sahaja. 
  4. Si dia berterus terang meminta kamu menukar gaya penampilan, sikap dan sebagainya. Malah si dia juga sendiri akan cuba berubah demi kebaikan kamu bersama. 
  5. Si dia sentiasa mahu menghabiskan masa bersama kamu. Bukannya hendak mengongkong tetapi perasaan rindu yang tidak dapat tertahan membuatkan si dia ingin bersama kamu. Tapi pastikan si dia tidak cemburu ataupun mengawal pergerakan kamu. 
  6. Sikap si dia lebih matang dan nampak serius dalam perhubungan. Ini membuatkan kamu semakin menyenangi dirinya dan menganggap si dia memang serius dengan kamu. 
  7. Si dia mula memperkatakan tentang soal masa depan. Contohnya ingin membeli rumah, membina kerjaya yang stabil dan merancang keluarga. Ops! jika hubungan yang terjalin ini masih baru, pastikan kamu tidak berbincang soal merancang keluarga. Jangan terburu-buru pula!
  8. Si dia sudah bersedia untuk ' memasuki kehidupan' kita. Malah si dia tidak kisah jika ingin bercampur gaul dengan kawan-kawan kita. Begitu juga dengan kita yang harus tahu menyesuaikan diri dengan kehidupannya. 
  9. Si dia merancang untuk memperkenalkan kamu pada seluruh keluarganya. Begitu juga dengan kamu yang sudah berani membawanya datang ke rumah untuk berkenalan dengan keluarga kamu. Malah kamu berdua tidak segan silu meminta kebenaran dari keluarga masing-masing untuk berkawan dengan lebih rapat lagi.
  10. Si dia ingin melamar kamu! Wow! Satu berita gembira yang patut kamu raikan. Tapi pastikan yang kamu berdua benar-benar sudah mengenali hati budi masing-masing dan bersedia untuk memikul tanggungjawab yang berat selepas ini. Jangan sampai menyesal dalam membuat keputusan yang salah!

Nak tips lagi? dapatkan kat sini....
http://tinyurl.com/6x7h239
atau nak hadiahkan si dia dengan sesuatu yang istimewa? dapatkan kat sini...
http://tinyurl.com/4dgbs6u