" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Sunday, September 11, 2016

GHAIB




PENA TIMUR
GHAIB

telah diterbitkan: 
Akhbar Fitrah ( Harakah), Februari 2010
Antologi Cerpen BAYANG ( NOV 2016)


Tanah Merah, Kelantan


Cerpen



Ghaib
Oleh: Penatimur



GHAIB lagi! Masuk kali ini sudah tiga kali ianya dilaporkan hilang. Malah berita kehilangannya sudah acapkali tertera di dada-dada akhbar kebelakangan ini. Pelik. Di tepi jalanan itu, Hamdi mengeluh panjang.
“Syam, hilang lagi!” laungnya kepada teman yang masih terkial-kial membuka pintu kereta ingin keluar. Syamrin menghampiri. Matanya melilau sekitar kawasan. Sejenak, dia memandang wajah Hamdi. Keduanya saling berpandangan buat seketika sebelum mengalih pandangan ke hadapan seolah-olah berteka- teki sendiri. 
Aneh.
            “ Macam mana boleh hilang ni Di. Bukankah sudah digantung tinggi.”
            Berdiri di sisi Syamrin, Hamdi menggelengkan kepalanya perlahan-lahan.
            “Entah,”
            Masing-masing kembali membisu sambil mengatur langkah menuju ke tempat kejadian. Kereta hanya diparkirkan di tepi jalan.
            Mata keduanya dihalakan ke serata arah. Meninjau keadaan persekitaran mencari-cari jejak dan juga sebarang maklumat untuk dilaporkan kepada pihak atasan. Ini kes terbaharu. Kes yang baru diterima sekitar jam sebelas pagi tadi.
            “Sekitar kawasan ni saja, sudah tiga kali dilaporkan hilang ni Syam, Engkau tak rasa pelik ke?”
            Syamrin  diam. Matanya masih memerhati keadaan sekitar. Sebatang tiang simen berwayar di hujungnya tegak utuh berdiri. Dipangkalnya kelihatan anak-anak rumput liar tumbuh subur menghijau.
            “ Aku rasa, ini mesti kerja mayat hidup la. Mencuri apa sahaja untuk kepentingan diri sendiri.” Syamrin mengagak. Seakan dapat mengenalpasti punca kejadian yang  kerap berlaku kebelakangan ini. 
            “ Agaknya la,” balas Hamdi pendek.
“Pencuri sekarang ni berani betul. Mana ada peluang aje, terus dirembatnya. Tak kiralah harta kerajaan ke, harta orang ke,” Syamrin mengomel sambil menghampiri tiang  yang menjadi perhatian keduanya. Hamdi disisinya mendongakkan kepalanya ke atas. Kelihatan separuh daripada wayar telefon itu terjurai ke bawah. Wayar tersebut kelihatannya bagai dikerat dengan sesuatu benda tajam. Di benak masing-masing terlintas kemungkinan yang sama, itu adalah kerja penagih dadah. Mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang bagi memperolehi  benda haram yang diingini mereka saban waktu.
            “ Ini tak boleh jadi. Kalau macam nilah keadaannya, sampai bila kemelut masalah ini nak selesai. Mat-mat gian tu biarpun dah ramai yang ditangkap, yang lain tu tak serik-serik juga. Kalau macam ini terus, lingkuplah syarikat telekomunikasi ni...” 
Syamrin memerhati wayar yang terjurai itu dengan penuh teliti. Memang kelihatan jelas ianya adalah kesan dipotong. Bukan kesan terputus akibat ribut atau vandalisme anak-anak nakal yang tidak bertanggungjawab. 
            “ Habis, kita nak buat apa lagi. Bukannya kita tak buat kerja. Budak-budak penagih sekarang ni, dah cerdik pandai. Asal nampak cara nak dapatkan wang, mereka bukan tahu takut kena hukuman. Apa yang mereka tahu, dapatkan benda haram tu saja,” Hamdi menambah. Ada sedikit rasa sebal menguliti hatinya.
            Syamrin sekadar menadah telinga. Pandangannya masih memerhati sekitar kawasan. Tingkahnya seolah-olah ingin mencari petunjuk yang mampu merungkai kejadian yang sudah acapkali berlaku di sekitar kawasan tepi jalanan itu. Di sisinya, Hamdi juga turut terbongkok-bongkok memerhati kawasan sekitar. Turut mencari-cari bukti yang menunjukkan bahawa agakan yang diperkatakan mereka sebentar tadi ada kebenarannnya.

........kisah selanjutnya di dalam antologi cerpen BAYANG. check it out!



Bakal terbit November  2016

SINOPSIS
BIODATA PARA PENULIS
PRE ORDER...



         

No comments: