" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Sunday, June 5, 2011

ASSIGNMNET CINTA 15

-->
            “Duduk sinilah. Tempat biasa tu dah ada orang duduklah..” Zura meletakkan mangkuk laksa penang yang dibelinya ke atas meja di kafe tersebut. Aku yang mengekori dari belakangnya turut berbuat yang sama. Slurp…sedapnya. Melihatkan laksa penang itu serta- merta membuatkan rasa laparku meluap-luap. Tapi mana pulak si Zila ni, tak sampai-sampai. 

            “ Eh, mana Zila. Tak nampak pun. Dia nak makan apa?” soalku sambil melilau kanan dan kiri. Huh! Ramai betul student kat kafe adik beradik hari tu. Sampaikan nak cari batang hidung Zila pun bukan main susah. 

            “ entah. Tadi ada kat belakang aku. Barangkali dia nak tukar menu kot. Bukannya engkau tak kenal si minah tu..” Zura sudah meniup-niup laksa di dalam mangkuk dihadapannya. Habis, macam mana ni. Nak tunggu Minah tu  atau nak makan dulu. Perut dah berdongdang sayang ni. Argh…makan dululah. Nanti sampailah si Zila tu. 

            “ Bismillahirahmanirahim…..", Sudu yang berisi kuah laksa ku halakan ke mulut. Ermmm…mesti sedap ni. Tambah-tambah perut tengah lapar. 

            “ Adui….,” Aku mengaduh. Belum sempat aku merasa kuah laksa di dalam sudu, tetiba aje rasa macam ada cecair yang mengalir di atas tudungku. Ala…apa lagi ni, Tak tahu ke aku tengah lapar giler ni. Dan yang buat aku tak boleh nak tahan sabar ni, air  tu  turut tertumpah dalam mangkuk laksa aku. Tak guna! Sudahlah dari pagi aku tak makan, masa ni pun ada orang nak kacau ke? 

            Aku tilik cecair jernih itu. Huh! Nasib baik air suam. Kalaulah air bandung, sirap tak pun capucino mahunya aku kerate je orang yang sengaja menumpahkan minuman itu kat tudung aku. Pelan-pelan aku angkat muka, mencari wajah suspek yang telah membuatkan emosi sepoi-sepoi bahasa aku bertukar menjadi taufan Katrina. Mangkuk laksa penang aku tiba-tiba aje dah melimpah bak banjir tsunami kat atas meja tu. Grrr…sah, nak kena jugak budak ni!

            “ Ssssoooooryy…..saya tak sengaja,” perlahan-lahan aku berpaling mencari yang empunya suara. Argghhh….dia ni lagi!. Aku menjeling tajam ke arah wajahnya yang buat aku angin satu badan tu. Apasal mana aje aku pergi dia mesti ada kat situ jugak? Tak habis-habis cari pasal dengan aku la. Tapi apasal dia boleh ada kat sini pulak?

            “ apa sorry-sorry? tak nampak ke orang tengah makan ni. Sesuka hati dia aje tumpahkan makanan orang…” rasa marahku kian meluap-luap. Kelakuanku yang sopan selama ini entah ke mana diam bersembunyi. Saat itu memang aku dah tak kira dia pensyarah ke, ketua kampung ke.. .Dah dia memang salah!

            “ maaf….sssoorrry…betul saya tak sengaja,” ujarnya berkali-kali. Tapi saat itu memang bukan saatnya otak aku nak proses maksud kesabaran dan kesopanan. Tambah-tambah bila retina anak mata aku betul-betul focus kat muka musuh aku tu. Hari itu, dia kenakan aku. Depan student-student pulak tu.   Hari ini jangan harap engkau boleh dapat pengampunan daripada aku, mr out!

            “ awak fikir dengan minta maaf macam ni, semuanya akan selesai?” aku pulangkan paku buah keras. Dia ketap bibir. Menahan malu gamaknya. Maklumlah  kali ini memang sah-sah dia yang salah. Ada ke dituangnya air kosong kat kepala aku. Nasib baik air kosong, tak adalah nampak bertompok-tompok tudung aku bila kering nanti. Paling koman pun, basah je la. Tapi yang buat aku hangin bila air tu semuanya dah ganti kuah laksa favourite aku tu. Dahlah aku lapar tahap giler ni…

            “ in…..,” Zura menarik tanganku rapat dengan tubuhnya. Cuba menenangkan suasana. Barangkali dia takut aku akan bertumbuk dengan mamat sengal ni kat sini agaknya. 

            “ ok…ok…saya ganti. Jap, saya belikan yang lain..” spontan dia berpaling dan melangkah menuju ke kaunter yang menjual laksa penang. Tahu tak pe, pandai pula dia cover line. Tahu-tahu aje aku nak cakap tentang pembalasan yang sama macam dia kenakan aku malam tu kat Mall. Ganti ar…ingat mudah nak minta maaf gitu aje?

            Aku pandang lagaknya yang sudah berada di kaunter yang menjual Laksa penang tu. Zura di sebelah pamer muka kaget. Dalam sepuluh minit, mamat sengal tu datang kembali bersama semangkuk laksa dan segelas air di tangannya. 

            “ Ini laksanya. Dan air ini saya belanja. Maaf,  saya betul-betul minta maaf,” ujarnya sambil meletakkan mangkuk laksa penang yang dilapik dengan sehelai tisu pink bersama segelas milo ais di atas meja berhadapan denganku. Belum sempat aku berkata-kata, dia dah melangkah lebar-lebar meninggalkanku dan  kembali ke tempat duduknya di hujung kafe berkenaan mendapatkan seorang lelaki yang turut terjengah-jengah ke arah kami seketika tadi. Barangkali kawannya kot!

            Aku kembali duduk sambil mendengus marah. Hampeh punya jantan! Zura yang tadinya turut berdiri juga sudah duduk ditepiku. Laksa tsunami yang ku beli tadi ku tolakkan ke tepi. Menarik laksa yang diberikan oleh mr. out itu dan mengacaunya sekali dua. 

            “ In, engkau ni buat malu ajelah. Habis semua orang tengok tadi, tahu tak?” Zura menegurku. Aku menarik nafas. Seketika aku pandang sekeliling. Memang masih ada mata-mata yang memandang ke arah kami. 

            “ apa pulak, dah dia yang salah. Memang patut dia ganti balik,” selamba aje aku menjawab. 

            “ sudahlah, makan cepat. Aku ada kelas lagi lepas ni. In-in engkau ni betul buat drama la hari ni,” Zura marah dalam senyum. 

            “ apasal pulak? Kenapa? Mentang-mentang dia pensyarah, walaupun dia bersalah, kita kena buat tak tahu aje?” protesku masih belum berpuas hati.

            “ ok…ok..engkau betul. Dah, makan!” Zura dah malas nak bertekak dengan aku. 

            Ermmm….aku menarik nafas. Cuba menstabilkan kembali perasaan marahku tadi. Kuah laksa ku suakan ke mulut. Slurpp….

            “ aaa……pedas….pedas!” Aku segera mencapai ais milo ditepi Zura dan meneguknya dengan rakus. Hampir suku ais milo tu ku minum sebelum ku kembali letakkan di atas meja. Gila, pedas betul laksa ni! Berapa kilo lada la agaknya ada dalam laksa di hadapanku ini? Tisu di bawah mangkuk ku ambil ingin mengelap bibir, namun tiba-tiba anak mataku menangkap satu tulisan kat atasnya. ‘saya rasa awak mesti suka pedas, kan?’ tak guna! Sempat lagi mamat sengal tu pedajalkan aku. Perlahan-lahan aku angkat muka mencari sasaran. Tap! Saat kami saling berpandangan, memang mamat sengal tu sedang tersengih lebar memandang ke arahku. Aku mengetap bibir. Eeeiiiiiiii……….gerrramnya!!

2 comments:

cinta_sahabat.blogspot.com said...

ta de sambungan ke?!

Anonymous said...

oiii sambung...lama dh ni...mcm best plak...ak la zue hihihi