" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Sunday, February 6, 2011

ASSIGNMENT CINTA 6

Bahagian 6

“ Timbang, pak cik,” plastik yang berisi buah guava yang ku pilih sebentar tadi ku hulurkan kepada pak cik penjual. Huluranku disambut.
“3.80 sen, nak” beritahu pak cik penjual itu kemudiannya. Aku membelek beg duit. Menghulur duit bernot lima puluh ringgit.
“ Tak ada duit kecil ke nak, pak cik tak ada duit baki ni,” aku menggeleng. Sejurus, seorang pelanggan baru datang menghampiri gerai pak cik itu. Aku masih tercegat menanti duit baki. Pelanggan lelaki itu membongkok sambil membelek-belek buah di hadapannya.
“ Sekilo berapa, pak cik?” tanya lelaki yang berdiri di sebelahku.
“ 90 sen” Pak cik itu menghulur beg plastic kepada pelanggan lelaki itu.
“ Pilihlah.” Suruh pak cik itu lagi. Pelanggan lelaki itu mengambil plastik  dan memilih-milih buah yang berlonggok di hadapannya.  Waktu itu, pak cik penjual sudah ke belakang kedai kerana ingin menukar wangku sebentar tadi. Aku memandang sekeliling. Tidak mengambil pusing  dengan lelaki yang kini turut berdiri di sebelahku. Sesekali aku melihat skrin handphone. Manalah tahu, kot-kot Zida atau Zura ada menghantar SMS. Kami berpisah sebentar tadi, apabila tiga sahabatku itu memasuki kedai cd di tepi jalan manakala aku sendirian mencari gerai buah di sekitar pasar malam itu. Suasana sekitar sedikit riuh dengan keriuhan pembeli dan penjual di lorong kecil pasar malam Bandar Changlun tersebut.
Tiba-tiba hanphoneku berdering. Pantas aku menekan butang hijau disebelah kiri.
“ Zura, engkau kat mana?”
“Aku kat kedai cd lagi ni. Bila engkau dah siap, engkau datang sinilah.”
“ ok, sekejab lagi aku sampai.”
Talian dimatikan. Lama betul pak cik ini mencari duit kecil. Tadi ada di belakang kedai tu, sekarang entah ke mana menghilangnya. Takkanlah seramai-ramai peniaga pasar malam di sini tak ada yang nak tukar duit aku tu. Hish, bosan betul bab tunggu-tunggu ni lah.
“ Banyak beli buah,” tegur pelanggan lelaki yang sekian lama berdiri di sisiku.  Barangkali dia juga turut tertunggu-tunggu kehadiran pak cik penjual buah guava tersebut. Kalau tadi, aku tidak begitu kisah siapa gerangannya, kini aku terpaksa memandang wajahnya. Orang kata, tak elok kalau bercakap kita tidak memandang wajah lawan bicara. Sejurus kami berpandangan, aku terkedu. Takkanlah kot, minggu ini mana saja aku pergi, jumpa aje mamat out ni.
Aku senyum paksa.
“ Adalah sikit,” ujarku berbahasa. Dalam hati tuhan ajelah yang tahu. Tiba-tiba aku terasa bagai ingin segera beredar dari situ. Rasa sakit hati tetiba je hadir apabila mengingatkan sindirannya di library dua tiga hari lepas. Tapi bila fikir-fikir balik, emosi aku dah stabil malam ni, tak payahlah balas dendam lagi. Maafkan ajelah si mamat ni. Untung-untung boleh pahala.  Hish, pak cik ni pun satu, kenapalah lambat betul?
“ In kan?” soalnya meminta kepastian. Hai dah tahu bertanya pula. Aku cepuk jugak mamat ni kang! Tapi marah tu aku pendam ajelah. Lagipun, hal kecil. Tak payahlah dibesar-besarkan. Susah payah, aku anggukkan kepala.
“ Seorang saja?” soalnya sambil membetul-betulkan kaca matanya. Aku angguk lagi. Apahal mamat ni, nak tunjuk peramahlah pulak. Tak tahu ke, aku tengah berlawan perasaan sekarang ni gara-gara dia. Kang tak pasal-pasal aku sembur ayat power karang!
“ Tak, dengan kawan,” jawabku singkat.
“ Oo…dengan kawan. Kalau sorang, boleh saya temankan,” Ceh, playboy rupanya.  Patutlah suka menyakat dan mengganggu orang aje kerjanya. Hari tu kat library, ni kat sini pulak. Agaknya mamat ni asal jumpa aweks jer, terus mengayat gamaknya.
Aku diam sahaja. Rasa dah malas nak menjawab. Orang macam ni, lagi dilayan, lagi menggatal rasanya. Di dalam hati, dah cukup seguni agaknya doaku detikkan supaya pak cik penjual tu segera datang. Nak blah, duit banyak lagi berbaki tu. Bagi orang macam aku ni, duit tersangatlah penting. Aku bukan anak orang kaya. Dengan duit baki tu, aku dah boleh buat beli nasi bungkus untuk esok lusa.
“ Awak suka makan buah ni juga ya, Saya pun. Buah favourite saya ni,” suaranya kedengaran lagi. Aku mula rasa gelisah. Cepatlah pak cik, bagi duit baki tu, aku nak cepat-cepat blah dari sini. Dah tak sanggup rasanya nak bermuka-muka dengan playboy kampus ni. Tapi nak jawab tak ni? Hah, tipu!
“ Taklah, saya suka makan belimbing. Jambu batu ini kawan saya yang kirim.” Aku tipu. Ku lihat wajahnya sedikit berubah. Padan muka! Tapi kenapa ada rasa tak best dalam jiwa pulak ni.
“ Emm….ingatkan kesukaan kita sama. Pasal buku yang saya nak, semuanya awak dah ambil dulu….” Lelaki itu dah flashback hal dua tiga pagi yang lepas. aku senyum kelat. Ingat lagi rupanya mamat sengal ni dengan kejadian tu. Huh, ingat-ingat balik, mendidih jugak darah aku ni.
Aku diam lagi. Mataku liar merata. Mencari-cari kelibat pak cik penjual buah kot-kot ada dimana-mana. Alahai, kenapalah lambat betul pak cik tu datang balik? Tanpa disedari, aku mula mundar mandir.
            “ Awak tak suka sembang dengan saya ke. Nampak gelisah aje?Aku tergamam. Nampak sangat ke? Macam mana dia boleh detect fe’el aku ni. Obvious sangat ke? ah, lantaklah. Bukan aku kenal dia pun.
            “ Bukan tak suka, cuma saya tak biasa dengan orang yang saya tak kenal.” Entah macam mana terjujurlah pulak. Dia senyum.
            “ Kita kan dah kenal. Di library hari tu. Lupa? Soalnya. Aku berpaling menatap wajahnya sekilas. Serta merta pertemuan dengannya kembali terimbas di ruang mata. Dari saat dia datang mengganggu studyku sehinggalah dia melaungkan namanya sebagai Mr. Out. Aku pandang dirinya atas bawah. Sah! Memang dia. Raut wajah yang sama, kaca mata yang sama. Tapi malam ini dia nampak lebih santai, kerana dia cuma memakai t-shirt biru berkolar hitam, berseluar jeans, dan berselipar sahaja. Lain sedikit dengan penampilannya saat itu. Berkemeja, bertie dan berkasut hitam. Uniform budak lelaki di kawasan kampus waktu kuliah. Dalam cahaya suram lampu  kalimantang gerai pak cik itu, tiba-tiba aku rasakan satu ketenangan pula memandang wajahnya. Tenang dan mendamaikan. Ah, sudah! Apa kena dengan aku ni?
            “ Maaf nak, lambat sikit. Nah, ini duit bakinya,” belum sempat aku membalas kata-katanya, tiba-tiba muncul pak cik penjual buah menghulurkan duit baki kepadaku. Aku menyambutnya. Lelaki itu sekadar memerhati sahaja tanpa banyak bicara. Aku kemudiannya berpaling, ingin beredar.
            “ Pergi dulu encik out,” Spontan aku meminta diri. Ceh, baiknya budak In ni hah. Lelaki itu berpaling kepadaku sekilas. Wajahnya berkerut sesaat sebelum tersenyum lebar. Sebelum sempat dia berkata apa-apa, aku sudah melangkah lebar-lebar meninggalkan tempat itu menuju ke kedai cd. Ni, nak cerita tak dengan diorang ni. Kalau aku cerita, free aje aku jadi bahan cerita rumah sewa malam ni. Diorang bukan boleh dengar cerita coincidence macam ni. Kepala diorang aje aje yang nak mengarang macam-macam. Mereng! Ah, tak payah ceritalah. Lagipun mamat tu entah siapa-siapa. Semua kebetulan aje. 


sambungan...
Assignment Cinta 7

No comments: