" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Tuesday, April 5, 2011

ANEHNYA CINTA ITU

   
ANEHNYA CINTA ITU
( nukilan Majalah Wanita )
( 2002) 




( Pokok Mangga Belakang Rumah. Tanah Merah. Kelantan)
( 2012)


 Bercakap soal cinta, terkadang kita akan melupakan kematangan dan kewarasan akal fikiran, kerana cinta itu adalah satu rasa aneh yang tiba-tiba muncul dari hati. Ia adalah rasa dambaan untuk dikasihi dan disayangi oleh seseorang yang amat kita sayangi. Cinta itu kadangkala munculnya begitu tepat pada masanya, dan kadangkala pula kita merasakan ianya sebagai gangguan perasaan sahaja. Tetapi, cinta tetap cinta. ia adalah satu keanehan rasa di sudut jiwa. Bertuahlah bagi sesiapa yang mampu memperolehi cintanya tanpa memerlukan pengorbanan dan keperitan pencariannya, manakala bersabarlah yang mendapat cinta tetapi sering diuji ketabahan dan kekuatan perasaannya dalam menjaga insan yang tersayang pujaan hatinya.

        Di dunia ini, siapa pun akan merasai jatuh cinta, kerana cinta itu tidak mengenal batas, darjat, umur dan bangsa. Cinta itu natural, no limit, abstrak, sentimental, dan gila-gila. 

Cinta juga terkadang boleh menjadi sumber kebaikan dan kejahatan.Malah, ianya adalah sumber segala pergerakan manusia di dunia ini. Tidak pernah terfikirkah kita mengapa harus ada cinta di dalam dunia ini?
kerana cintalah, kita diciptakan,
kerana cinta, pasangan kita diciptakan,
kerana cinta, dunia ini diwujudkan, 
kerana cinta, kita saling bermusuhan,
kerana cinta, kita berkembang biak baka keturunan,
kerana cinta, tanah-tanah kontang dibangun dan dimajukan,
kerana cinta, kita merampas segala ketenangan
kerana cinta, kita saling berdendam
kerana cinta, kita senang melupakan asal kejadian
semuanya itu adalah kerana cinta.
Cinta yang hadirnya dengan cara yang unik dan misteri di dalam hati.
 
cinta itu aneh rasanya
bila mana hati cuma menginginkan dirinya sahaja
bila mana kelakuan menjadi kekok takkala bersua
bicara menjadi kelu dan gagap secara tiba-tiba
hati berdegup kencang bagai ada bencana
cinta memang aneh rasanya
kerana cuma ada dia
di mana-mana.....

No comments: