" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Sunday, February 6, 2011

ASSIGNMENT CINTA 4

Bahagian 4

             “Mana engkau pergi?” aku menjerkah Has sewaktu kami bertembung di kaunter bawah Library. Kelihatannya dia baru saja ingin menaiki tangga menuju ke atas. Barangkali menuju ke tempat jurnal sebagaimana yang dijanjikan kami malam tadi.
            “ Sorry, Aiman ajak aku jumpa. Nak call engkau kredit tak ada pulak. Sorrylah ek. Aku ingat engkau nak duduk lama dalam library.” Terangnya. Aku memasamkan muka.
            “ Dah, jom. Aku dah tak ada mood nak baca buku lagi. Kepala aku dah berserabut dah ni. Engkau dah jumpa bahan untuk assignment tu? Apa yang engkau dapat?” Soalku sambil mengheret tangannya keluar library. Terhegeh-hegeh minah gempal tu mengikut langkah kakiku.
            “ Oi cik kak, engkau yang masuk library. Aku langsung tak masuk lagi. Apahal tanya aku pulak. Sepatutnya soalan tu aku yang tanya engkau,” Balasnya.
            Aku mengetap bibir. Ini semua mamat out tu punya pasal. Kalau tak mesti aku dah dapat bahan untuk assignment tu. Kurang asam gelugur betul. Dah nampak aku tengah khusyuk mencari bahan, dia pulak menyibuk nak buku tu, nak buku ni. Macam la dalam library tu dah tak ada buku lain yang boleh dibaca. Menyampah betul!
            “ Hei, engkau nak tarik aku pergi mana ni? Lepas lah. Tarik-tarik tangan aku apa hal?” La, aku tengah heret minah ni lagi rupanya. Sejurus aku melepaskan tangan, Has menggosok-gosokkan tangannya.
            “ Oppss…sorry. Jom kita pergi CC Foyer STM. Biasanya masa ni, CC sekolah perakaunan dah penuh.” Ajakku. Wajah Has tiba-tiba aje berubah. Berkerut-kerut. Ni mesti tengah rancang alasan super nak ngelat ikut masuk CC . Bukan aku tak tahu minah ni. Pantang dengar CC, mesti dia banyak bagi excuse punya. Entahlah kenapa.
            “ Sorry, aku sakit perut pulak. Engkau pergi seorang la ek. Aku nak balik kolej. Kelas Tekno.Comm pukul tiga nanti aku tak masuk kot. Aku nak pergi klinik.” Has sudah berlari-lari kecil menuju ke bus stop sambil menekan-nekan perutnya. Aku terdiam. Minah ni sajalah tu. Buat alasan. Mesti dia ada janji dengan Aiman. Sampaikan kelas pun tuang. Gila betul orang bercinta ni ya. Asal boleh jumpa, sanggup buat sahaja.
            “ Oi, assignment kita macam mana? Takkan aku aje yang nak kena buat semua,” laungku lantang. Ni yang aku hot ni. Amboi kemain lagi. Semua bagi kat aku jer. Mentang-mentanglah aku leader.  Has ni pun satu, tadi dahlah lambat tunai janji. Ni nak ngelat lagi. Arghhh! Mendidihnya jantungku….
            “ Engkau call Zida. Sorry, aku balik dulu.”
            “ Ceh, nak jumpa Aiman, cakap ajelah. Tak payah nak buat alasan lapuk engkau tu. Lagipun aku bukannya kenal engkau sehari dua. Dah dua tahun……” Dari jauh, Has sengih.
            “ Aaaa…In, tolong sign nama aku. Thanks!” ai, sesuka hati dia aje. Ni yang malas ni.
            “Sorry ya. Bab sign nama, sendirian berhad. Tahu dek Puan Kartini. Saja je. Dua-dua k.o,” Aku laung lagi. Nasib baik tak ada orang yang lalu jalan tengah-tengah DKG 1 tu, kalau tak mesti aku di pot-pet dari  belakang.
            “ Please!” rayunya. Alahai kasihanlah pulak. Ni yang lemah lutut ni. Kawan punya pasal. Kadang-kadang prinsip terketepi jugak.
            “ Tengoklah. Kalau line clear. Aku buat. Kalau tak sorrylah kawan, sendiri buat….sendiri tanggung!” Aku bagi kata putus. Has angguk. 
            “ Thanks.” Balasnya sambil menyambung langkah. Beberapa orang student mula kelihatan memasuki blok kuliah DKG 1 itu dan melintasiku.
            Aku pandang kiri kanan. Tensionnya seorang-seorang ni. Has ni pun satu. Masa ni jugalah buat hal. Aku silambam jugak karang. Hish, bengang betul. Di ruang legar DKG 1 tu aku melilau kiri kanan. Berfikir-fikir arah tujuan. Habis, nak pergi mana ni? Nak masuk CC, sorang-sorang malas lah pulak. Nak balik rumah sewa. Kelas lagi satu jam. Satu hal pulak nak ambil bas datang kuliah. Sejenak, aku terpandang label toilet/ tandas di belakang DKG ½. Apa-apa hal masuk rest room dulu lah.
            Keluar toilet, aku melangkah ke Sekolah Pembangunan Sosial. Fakulti bagi batch aku. Tapi apa yang aku nak buat kat situ. Dahlah student tak ramai. Ah susah-susah sangat, apa kata lepak di foyer STM. Best juga. Boleh tengok buku-buku dan majalah-majalah baru bulan ni. Boleh beli peppermint sekali. Mulut pun dah gatal nak mengunyah ni.
            “ Assalamualaikum, In!” satu suara tiba-tiba mengejutkanku dari belakang. Sepantas kilat aku berpaling. Ya Allah, Kak Nora rupanya. Kawan sebilik sewaktu semester pertama di Kolej Perwaja.
            “ Waalaikummussalam… Kak Nora, Buat apa kat sini?” aku sengih lebar. Buku yang ku pinjam di library tadi ku alihkan ke tangan kiri. Kami bersalaman.
            “ Akak ada lagi satu semester. Repeat subjek. So, macam mana life? Ok?” soalnya masih peramah seperti dalu. Aku senyum mesra.
            “ Macam ni lah kak. Akak duk di kolej mana? Senang-senang boleh datang bilik,” tuturku senang. Sudah lama rasanya tidak berbual dengan kak Nora.    
“ Akak dah kahwin. Sekarang akak duk kat luar. Tak  apa, hujung minggu ni akak datang ambil. Akak buat makan-makan sikit, boleh?” ajaknya. Memang dia cool. Masih macam dulu jugak. Peramah dan periang.
            “ La dah kahwin. Tahniah. Tak cakap pun. Sampai hati. Bila akak kahwin?”
Soalku berminat pula. Kak Nora tarik tanganku dan berjalan seiringan dengannya.
            “ Jom, kita pergi minum kat kantin. Akak belanja. Nanti akak cerita banyak-banyak. Berdiri tengah jalan macam ni, halang orang lalu lalang aje. Lagipun kaki akak dah lenguh ni. Dari tadi berjalan tak sudah-sudah,” Aku angguk. Ni sudah bagus. Nasib baik ada  Kak Nora, boleh juga temankan aku sebelum masuk kelas lagi satu  jam. Dan yang paling best, Kak Nora belanja. Aku mengekor langkah Kak Nora.
            Sampai di kantin, aku mencari meja yang paling hujung mengadap sekolah Perakaunan. Hari itu, kantin tak ramai student, barangkali ramai yang masih mengadap wajah lecturer di dalam DKG masing-masing.
            “ Duduk sini kak,” aku mengajak Kak Nora. Kak Nora angguk.
            “ In nak minum apa?” tanyanya
            “ Milo ais je dahlah. Tak apa, In ambil sendiri,” aku bangun. Kembali mengekor langkah Kak Nora menuju ke tempat air di sebelah kami.
            “ In dah makan? Jom makan, hari ini all by me,” Dia sengih lagi. Terpancar keikhlasan pada wajahnya. Aku menelan air liur. Nak tak nak ni? Seketika, aku menggeleng. Bukan apa, terkadang bila orang dah mula bagi paha, nak rembat pun kena tengok situasi jugak.
            “ Tak apa, In dah makan,” Sopan aku menolak. Padahal pagi tadi, aku sempat makan roti gardenia 50 sen tu aje. Nak masak, tak sempat. Zila dah menunggu lama dalam kereta. Nama pun juga menumpang. Nasib baik Zila ada kelas sama waktu denganku pagi tadi. Kalau tidak, melangutlah aku menunggu bas masuk kampus.
            “ Betul dah makan? Makan sekali lagi boleh. Temankan akak makan. Akak dari tadi tak makan ni. Tak syoklah makan sorang-sorang. Nak makan apa, ambil aje. Akak belanja….” Serius bunyi pelawaannya. Aku sengih. Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari… 
“ Emm….bolehlah kak,” selepas meletakkan air di atas meja. Aku kembali mengekori langkah Kak Nora saling beratur mengambil nasi di tengah-tengah kantin.
            Kami makan sambil berbual panjang. Banyak cerita terbaru yang diberitahu Kak Nora. Kadang-kadang kami ketawa terkekeh-kekeh, sehinggakan beberapa orang student di sebelah meja kami memandang pelik. Ah, lantak. Kami bukan kacau diorang pun.
            Habis makan, kami berpisah. Kak Nora menuju ke Sekolah Ekonomi. Manakala aku menuju ke Sekolah Pembangunan Sosial. Kelas puan Kartini sudah mula dimasuki beberapa orang student Sewaktu aku sampai. Tahu-tahu masuk sahaja kelas, Has sudah terconggok di tempat duduknya. Ai, tadi kata nak masuk. Alih-alih ada pulak. Buang tebiat apa minah ni?
            “ Oit, tadi kata nak tuang. Tak jadi?” aku memperli. Kerusi di sebelahnya ku tarik dan ku duduk. Has sengih kelat.
            “ Tiba-tiba tukar fikiran. Lagipun, dah banyak kali aku tuang kelas ni. Kang tak pasal-pasal aku kena bar. Tak terjawab aku dengan Aiman nanti.” Ujarnya.
            Huh, Aiman lagi. Orang bercinta ni memang macam tu gamaknya. Buat apa pun sikit-sikit nak kena fikirkan pasal kekasih dia aje. Dah tak boleh nak fikir pasal diri sendiri agaknya. Aku protes senyap-senyap.
            “ Dapat bahan?” soalan Has menyentakkanku. Aku buat acuh tak acuh saja. Buku yang ku pinjam di Library tadi ke belek-belek sementara menanti kedatangan Puan Kartini.
            “ Belum, mana adil. Aku aje yang nak kena buat semua. Engkau asyik nak berkepit dengan Aiman aje. Zida pula dengan kelas dia aje. Boringla macam ni,” aku membebel.
            “ Sorrylah In. okey, Esok kita  cari bahan sama-sama ya”
            Aku menganggukkan kepala dan  kembali membuang pandang ke hadapan kelas. Serentak, pintu kelas terbuka, menjengulkan wajah seorang lelaki yang rasa-rasanya macam pernah aku jumpa.
            “ Woit man, sekejab!” laungnya kepada teman sekelas yang sedang leka berbual  di belakangku. Lelaki itu bangun dan menuju ke depan. Mereka berbual ntah apa-apa di depan kelas buat seketika sebelum lelaki berkaca mata itu kembali menghilang di balik pintu. Aku terkedu. Kepalaku ligat berfikir-fikir. Macam pernah ku lihat, tetapi di mana ye?
            Ya Tuhan! Mamat out tu rupanya. Kan aku dah kata, U ni kecil aje. pusing-pusing jumpa juga. Tak semena-mena aku sengih nakal. Dari pintu kelas, perlahan-lahan aku mengalih pandang melihat Azman yang kembali duduk di belakang. Serentak kami saling berpandangan, Azman angkat kening. Doublejerk.
            “ Apa hal?” tanyanya.
            Aku senyum paksa. Menggeleng.

sambungan...
Assignment Cinta 5

No comments: