" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Wednesday, September 16, 2015

KERANA SEBIJI BUAH EPAL




Tsabit Bin Ibrahim adalah seorang pemuda yang soleh dan bertakwa, Keimanan dan ketakwaan yang dimilikinya membuatkan hatinya berasa gerun dan malu kepada Allah S.W.T. Kecintaan yang hadir dikalbunya itu membuatkan dia sentiasa redha dengan apa sahaja yang ditimpakan oleh Allah SWT kepadanya. Begitulah kesolehan yang digambarkan dalam diri Tsabit.

Dikisahkan, suatu hari beliau telah keluar berjalan sehingga sampai ke kota Kufah. Pada saat itu, mentari terik memancar di atas kepala. Kepanasan yang dirasainya membuatkan dia keletihan dan kelaparan. Wajahnya jelas tidak bermaya dan langkah kakinya diatur perlahan menjejak tanah. Saat dia melalui sebuah kebun buah-buahan, tiba-tiba dia terpandang beberapa biji epal yang jatuh di luar pagar. Melihat epal yang merah yang masak ranum itu, perasaannya terus meronta-ronta untuk mengambil buah tersebut. Di tambah pula keadaannya yang sedang kelaparan itu, nafsunya terus membatasi keimanan di dalam diri. Maka, tanpa berfikir panjang, Tsabit terus mengambil buah apal tersebut lalu memakannya. Belum sampat dia menghabiskan buah epal tersebut, akal warasnya terus bertindak balas, dia baru teringat bahwa buah itu bukan miliknya dan dia belum memndapat keizinan daripada pemilik buah tersebut. Segera Tsabit memasuki kebun tersebut untuk menemui pemilik kepada buah epal yang dimakannya. dengan harapan pemilik kebun itu menghalalkan apa yang dudah dimakannya. 

Tsabit telah diberitahu oleh penjaga kebun bahawa pemilik kebun itu tinggal jauh dari situ, dan perjalanan ke rumahnya memakan masa sehari semalam. Oleh kerana Tsabit mahu juga bertemu dengan pemilik kebun itu, dia bertekad untuk menyusuri jejak mencari rumah pemilik kebun itu. Fikirannya berlegar-legar mengingati sabda Rasullulah SAW " Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi bahan bakaran api neraka." Jadi dia tidak mahu Allah SWT murka kepadanya. 

Setibanya dia di rumah pemilik kebun itu, terus dia mengetuk pintu. Setelah pemilik pemilik rumah itu membuka pintu, Tsabit terus memberi salam dengan penuh beradap dan sopan seraya berkata: " Wahai tuan yang pemurah, saya sudah terlanjur memakan setengah dari buah epal yang jatuh di luar kebun tuan.Oleh kerana itu, saya mohon tuan menghalalkan apa yang sudah saya makan."

Seketika lelaki tua, iaitu pemilik kebun itu hanya mendiamkan diri. Dia cuma memerhati raut wajah Tsabit, seolah-olah mencari makna yang tersembunyi di sebalik wajah itu. " Tidak! aku tidak akan menghalalkannya kecuali dengan satu syarat..." 



No comments: