" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Wednesday, March 16, 2011

PESAN SESAMA KITA





CABAR DIRI SENDIRI, USS SINGAPORE 2015

saudaraku
jangan kamu lari dari kenyataan
meski ia jauh dari pengharapan
jangan kamu ulangi kesilapan semalam
kerana ia sejarah
biarkan sahaja ianya tersimpan

saudaraku
pagi ini terlalu indah untuk dirungutkan
hari ini masih panjang untuk disia-siakan
hidup ini juga masih banyak hal
yang perlu dikerjakan

saudaraku
hanyut kita kerana tiadanya iman
lalai kita kerana tiadanya pegangan
alpa kita kerana tiadanya peringatan
ingin rugikah kita sepanjang-panjang kehidupan?

saudaraku
aku cuma sekadar mengingatkan
yang jauh tersasar kembali ke pangkal jalan
yang sesat kembali temukan jalan permulaan
yang buta kembali celik
akal dan fikiran

saudaraku
hidup ini cuma pinjaman
sampai masa kita dikembalikan
diperhitungkan, dipertontonkan
di hadapan tuhan semesta alam
saat itu
tidak inginkah kita tersenyum kemenangan?

- PENATIMUR 2014-


No comments: