" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Friday, June 3, 2011

ASSIGNMENT CINTA 13

“Has, engkau kenal tak guy tu?” tanyaku sewaktu kitaorang melihat latihan taekwando di foyer library petang itu. Has disisiku sedikit kaget. Jauh dihadapanku, terdapat sekumpulan student sedang berlatih. Mereka memakai pakaian berwarna putih dan bertali pinggang mengikut kelas masing-masing. Dan kalau tak silap aku, yang ditengah-tengah tu macam pernah aku lihat. Dan sah….memang dia! Wah, Pahlawan jugak mamat ni.

Aha….inilah peluangnya. Assignment Zura hari tu aku tak selesaikan lagi. Hari ini aku akan dapat jawapannya. Has mesti tahu. Kan ke Zura kata semua orang mesti kenal dengan mamat out tu.

“ guy mana?” tanyanya sambil memanjang-manjangkan lehernya mencari mamat yang aku maksudkan.

“ tu…., yang duduk di tengah-tengah tu.” Aku menerangkan. Tengah aku syok- syok tengok mamat tu menumbangkan lawannya, tiba-tiba pulak ada panggilan masuk menerusi handphoneku. Terkial-kial aku mencari handphone di dalam poket beg sandang yang sedia tersangkut di bahu.

Tadi, aku tak perasan pun ada mamat tu di celah-celah student yang berlatih taekwando di situ. Selepas habis kelas seni lukis di Pusat Ko.k tadi, aku sengaja pulang melintasi Foyer library untuk ke stesen bas Kolej Muamalat. Saja nak cuci mata. Biasanya hari-hari sabtu begitu, ramai student yang ambil taekwando, silat, wu shu berlatih di situ. Bukan apa, sekadar menjamu mata melihat pahlawan melayu menunjukkan jaguh dan kejantanan mereka.

“yang duduk di tengah dan sekarang ni tengah tengok kita tu ke?” soal Has sedikit menyentakkan aku. Apa, mamat tu tengok kitaorang jugak ke?” aku angkat kepala, mencari kebenaran kata-kata Has. Handphoneku yang berbunyi sebentar tadi tiba-tiba senyap pula. La…Zida rupanya. Minah ni sajalah tu. Suka betul buat miss call.

Gulp! Memang mamat tu tengah tengok aku dan Has. Alahai, benci betul. Agaknya dia terpandang sewaktu mencari tuan handphone yang berbunyi tadi la kot. Ni semua Zida punya pasal. Kan dah tak pasal-pasal ganggu konsentrasi orang nak bersilat. Ganggu plan aku pulak tu.

“ Yang tu ke?” soal Has lagi inginkan kepastian. Aku dah serba salah. Mamat tu cool aje. Cepat-cepat aku tarik tangan Has, blah dari situ. Terhegeh-hegeh minah tu mengikutku dari belakang. Kami melintasi Fakulti Perakaunan dan memasuki Blok DKG 1 dan DKG 2 sebelum sampai ke stesen bas menuju ke Kolej Muamalat.

Tapi bas tu lambat pula sampai. Has dah pamer muka pelik bila tiba-tiba aje aku tarik tangannya tadi.

“ engkau ni kenapa? Tadi elok-elok tanya pasal guy tengah-tengah gelanggang tu, alih-alih blah gitu aje. Haa…engkau ni ada apa-apa ke?” Has dah mula nak pasang serkap jarang. Aku mencebik

“ tak ada maknanya. Aku cuma tanya, engkau kenal tak mamat tu. Pasal Zura kata semua orang di sini kenal dia. Siapa dia, engkau tahu?” soalku berbangkit hal tadi. Has bangun. Mundar mandir seketika. Matanya sesekali memerhati hujung jalan kalau-kalau bas yang di tunggu tiba.

“ entahlah. Rasa –rasa macam kenal. Tapi siapa ya. Jab,aku ingat-ingat dulu.”

“ engkau ni biar betul. Kenal tak kenal ni?” soalku menduga. Saja nak test memory minah ni. Selalunya dia kuat memory.

“ haaaa…..kalau tak silap aku, dia pensyarah baru kat sini. Hensem kan? Semua budak-budak perempuan kat sini ramai yang terbekenan dengan dia. Rasanya-rasanya dia Pensyarah kat sekolah perakaunan. Dengar-dengar citer, dia tu anak datuk. Entah apa ke nama ayahnya aku dah lupa. Tapi nama dia….Nik Amir Daniel. Orang panggil dia En. Amir. Kenapa, engkau berkenan kat dia juga ke? hello kawan, rentikanlah angan-angan engkau tu. Mak wenya keliling pinggang tau tak, termasuklah aku, hehehe….” Beritahu Has panjang lebar sambil bergurau. Aku mencebik. Aku dan dia? Huh! Tak kuasa…….

“ ooo…..anak datuk. Patutlah semua orang kenal. Dah kahwin?”

“ single and available. Kenapa? Nak try gak ker?” aku mencebik. Has ketawa.

“ engkau kata dia pensyarah? Berapa umurnya? Aku tengok baya-baya kita aje?’

“ Entah. 25-26 gitu kot. Dengar-dengar gossip kampus, dia tu habis ijazah terus sambung master kat London.”

“ Dia tu anak tunggal datuk tu ke?” banyak pula aku soalan aku ni. Has jungkit bahu.

“ entah. Itu ajelah yang aku tahu. Nak tahu lebih-lebih, tanya dia sendiri. Nak nombor telefon dia?” Has dah mula melebih-lebih. Mentang-mentanglah ini kali pertama aku soal selidik guy. Hampeh betul.

“ buat apa. Aku saja je tanya. Nak tahu pun salah ke?” ujarku sedikit merajuk. Has senyum kecil. Sajalah tu, nak mengusik aku jer kerjanya. Dari jauh, kelihatan sebuah bas datang menuju ke arah kami. Waktu tu hanya ada kami berdua aje kat bus stop tu. Nasib baiklah. Kalau tidak, mesti berebut- rebut nak pijak tangga bas. Siapa kata budak U beretika. Tak denya!

“ dah ar..jom!”. Aku kembali tersenyum. Sejurus bas sampai, has cepat-cepat melintasiku dan memijak tangga bas. Hish! Tak menyempat-nyempat. Aku membebel dalam hati.


sambungannya:

No comments: