" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Sunday, February 6, 2011

ASSIGNMENT CINTA 10

Bahagian 10
                          
“ apa kena dengan korang ni? Buang tebiat ke dari tadi aku tengok tersengih-sengih.” Tanya Zue sewaktu kami keluar makan malam itu.  Lapang pulak minah ni. Selalunya dia lebih senang memilih keluar dengan shah daripada keluar dengan kitaorang. 
           “suka hati……….” Jawab aku bersahaja. Tom yam di dalam mangkuk aku suapkan lagi ke mulut. Best giler tom yam tu. Rugi  kalau tidak dihabiskan.
“ suka hati, kenapa?” Tanya zue lagi tidak berpuas hati. Ni yang malas ni. Nak kena explain pasal hal siang tadi. Ni semua zura punya pasal. Kan dah terbongkar. Dari tadi, ketawanya tak henti-henti. Tambah-tambah lagi bila dia recall balik pasal dia tengok aku lari pecut masuk kandang kambing pak lamin. Ceh! Tak guna.
“ tak adalah…. Rahsia kitaorang aje.” Zura menyampuk. Tahu malu. Mesti dia pun malu nak cerita pasal dia tersangkut atas pokok rambutan tadi tu…heheh!
“ ni yang aku tak gemar ni. Main rahsia-rahsia pulak. Kata kawan….” Zue dah mula tarik muka 14 inci. Ni yang lemah ni. Time bab kawan jer….nak kena kongsi semua. Tu ikrar kitaorang bila kitaorang  buat perjanjian  flower 4 waktu mula-mula kitaorang rasa kitaorang ni satu  kepala. Kononnya nak tiru cam kumpulan penyanyi dari Taiwan tu le, f4, yang anggotanya jerry, ken, vic dan vannes……tapi group kitaorang ni ada dua orang ken, aku dan zue….sebab dua-dua sukakan mamat tu. Ensem!
“ ok-ok, kitaorang citer. Tapi engko janji jangan bagitahu orang lain pulak. Malu aku.” Aku dah malas nak berdebat dengan minah ni. Dahlah mulut dia laser. Kang dia merajuk, mahunya disembur ayat-ayat nauzubillah min zalik…….
“ gini, …….” Zura dah menolak pinggan nasinya ke tengah. Patutlah pun, nasinya dah habis. Ditariknya dekat milo ais. Disedut strawnya sekali dua. Sejenak, dia pandang wajah aku dan Zue silih berganti. Aku angguk, cerita ajelah cik kak…..
Zue yang mendengar sesekali ketawa lucu. Tulah, aku dah kata. Zue tu baru aje dengar cerita dah ketawa bergegar-gegar meja, cuba dia ada di tempat kejadian. Mahunya tergolek-golek dia gelakkan aku dan Zura. Hampeh punya kawan! Minah ni kalau ketawa memang tak pandang kiri kanan. Bantai jer gelak. Last-last sampai sakit perut minah tu menahan gelak mendengarkan cerita malang kitaorang. Huh! Hari ini dalam sejarah betul! Sedar tak sedar, dah sejam kitaorang duduk makan-makan kat restoran tu.
“ eh, jom le balik, dah lama sangat dah ni. Kesian pulak tinggalkan zila sorang-sorang. Kang jadi apa-apa susah. Minah tu bukannya berani sangat  pun. Nak ke bilik air pun, nak kita yang temankan.” Zue mengerling melihat jam di tangannya. Aku pun turut berbuat hal yang sama.
Zura memanggil pelayan. Kelihatan seorang mak cik separuh umur datang mendapatkan meja kami. Sewaktu kami bertemu pandang, mak cik tersebut menghulurkan sebuah senyuman di bibirnya. Aku balaslah balik. Orang kata, senyuman tu kan satu sedekah. Lagipun, setakat senyum, bukannya luak apa pun. Awet muda lagi!
“ semuanya Rm 22.50, nak” zue pantas aje menghulurkan duit dalam beg duitnya. Hai, banyak pulak duit minah ni. Agaknya menang loteri kot. Hish, tak sayang mulut betul, orang islam mana boleh main loteri, apa daaa. Perlahan-lahan aku istigfar dalam hati. Ya Allah, janganlah dipesongkan akidahku sesudah engkau memberi petunjuk kepadaku. Amin!
“Dah le, jom!” zue menegur zura sewaktu melihat minah tu duduk balik meneguk air didalam gelasnya yang masih bersisa.
“ jap le…” ujarnya bersahaja. Aku dah mula melangkah setapak dua. Namun sebelum kami sampai di kereta zura yang terletak di tepi jalan, aku rasa macam ada orang pandang aku jer. Degup jantung rasa cam lain jer ni. Aku alihkan pandangan kiri-kanan. Tap! Macam pernah aku tengok, siapa ya?
Ya Allah, mamat out tu lagi. Apa ke halnya selalu sangat aku terserempak dengan dia ni? Mamat tu memang tengah pandang kitaorang. Dah berapa lama dia duduk kat situ? Aku pusing mengadap meja yang aku duduk tadi. Aiseyman, macam mana boleh tak perasan, mamat tu duduk di meja selang sebuah yang kerusinya mengadap betul-betul dengan kerusi aku. Alahai….
Mana aku nak letak muka aku ni. Apa yang dia fikir pasal aku agaknya. Aku dah jalan tunduk gaya jepun dah. Rasa macam pipi dah merah macam isi buah tembikai ranum. Apa-apa hal, control ayu…..hish, tapi siapa dia yang aku nak control laku pulak. He just nobody! Tapi aku nak kena lalu depan dia jugak ni. Pasal kalau nak ke kereta zura, mesti lalu lorong kecil tu. Hampeh betul.
Aku toleh ke belakang, cari kelibat teman-teman. Zura dan zue asyik jer dok bersembang, jalan lembab lagi tu. Ah, sudah. Macam mana ni. Redah ker tak?
Redah jer le. Aku angkat pandangan tengok mamat tu. Dari jauh, aku nampak dia buat bodoh jer. Ralit betul bersembang dengan kawan-kawannya. Ok, line clear, buat-buat tak nampak. Ok…set…..jalan!
“ hai….nak balik dah?” aku telan air liur yang tersekat di kerongkong. Tak semena-mena, darah dah naik ke pipi balik. Mamat ni apahal? Aku tak kenal dia pun. Nak jadi peramah apa hal? Aku toleh lihat wajahnya. Tak semena-mena aku senyum. Aku angguk  sebelum kaki terus melangkah. Malas nak layan. Malas nak panjang-panjangkan ayat. Sebelum melangkah, sempat aku mengerling gelagat temannya yang mengangkat kening doublejerk ke arahnya. Dia sekadar tersenyum sahaja. Agaknya dia kata aku sombong kot. Ah, lantaklah. Mulut orang, fikiran orang. Ada aku kisah?
Lagipun orang lelaki memang macam tu. Kalau kita layan, kata kita sosial, gatal. Kalau kita tak layan, kata kita ni sombong la, berlagak la, perasan bagus la. Entah apa yang tak kena dengan pemikiran diorang agaknya. Tapi bagi aku, bukan mudah nak kenal dengan lelaki. Fobia masa silam masih lagi ada sampai sekarang. Jangankan nak berkasih, nak berkawan pun susah!
Zura dan zue yang dok mengikut langkah kakiku dari belakang, tiba-tiba sudah terconggok di depan. Terkejut aku. Bila masa pulak diorang pintas aku ni?
“ Wah in, bukan main lagi engkau ya..” zura tiba-tiba menghampiri dan menepuk bahu aku.. Nasib baik kitaorang dah melintas jalan. Dengar dek mamat tu, buat malu jer. Tak menyabor langsung.
Aku pandang wajah zura pelik. Kenapa? Ada masalah ke? Di tegur lelaki pun nak jadi isu ke? Sengal betul minah ni.
“ Engkau kenal dia ke?” Tanya zue lagi. Wajahnya dah senyum-senyum. Ah, aneh betul dua orang ni. Senyum-senyum pulak.
“ tak…” aku jawab endah tak endah. Kakiku terus melangkah diiringi dengan teman-temanku kanan dan kiri.
“ kenapa?” Tanya aku lagi sedikit berminat. Misteri la pulak rasanya dengan karenah kawanku berdua ni.
“ Tak kenal?” Tanya zura separuh terkejut. Aku angkat bahu.
“ habis, dia tegur engkau tadi? Takkan sesaja aje,” Zura  menduga. Aku mencebik. Tak de maknanya. Memang aku tak kenal pun. Kenapa? Mamat tu siapa? Orang hebat sangat ke sampai zue dan zura pun kenal. Kalau diaorang kenal, takkan aku tak kenal. Tapi hakikatnya memang aku tak kenal pun.
“ gila engkau in, mamat hebat macam tu pun engkau tak kenal,” Zue menggelengkan kepalanya dua tiga kali. Aku jadi tambah pelik. Ni yang aku stress ni. Bukannya nak bagitahu, nak main berklu-klu pulak. Malas bangat ah!
“ aku betul tak tahu. Siapa dia?” aku Tanya lagi. Kalau sampai tiga kali aku Tanya, korang tak bagitahu jugak. Kita tutup cerita. Aku dah malas nak tanya dan ambil tahu dah.
“ dia tak kenal la zue. In-in, tulah. Masuk kampus, mengadap buku jer 24 jam. Kalau bukan dengan buku, art dia je. Sampaikan gossip panas kat kampus tu pun dia tak tahu. Teruk betul la engkau ni, in…” zura dah khutbah panjang lebar. Kepelikkan tadi jadi dah bertambah-tambah pelik ni hah.
“ aku betul-betul tak kenal dan tak tahu. Lagipun, kejadah apa aku nak tahu pasal dia. Dia bukannya saudara- mara aku pun.” Aku dah mula terasa panas dengan kemisterian zue dan zura ni. Aku pandang wajah Zura sebelum beralih melihat wajah zue. Waktu tu, kitaorang dah sampai kat tempat letak kereta Zue. Cepat-cepat aku memasuki perut kereta di bahagian belakang manakala Zura memilih duduk dihadapan di tepi Zue. Kemudian, kereta yang dipandu zue dah mula membelok keluar parking bergerak ke simpang keluar ke jalanraya.
“ zue, tak yah bagitahulah ek. Suruh dia cari tahu sendiri. Minah ni kalau tak bagi assignment, tak dernya nak ambil tahu pasal orang lain. Sorry…..!” zura dah bagi idea sengalnya nak menyakat aku. Hampeh, tak guna betul!
Tak semena-mena aku mengeluh kecil. Ooo…korang sepakat ye. Tak pe… tak nak bagitahu sudah. Aku tanya orang lain. Apa susah. Kata mamat tu glamer. Satu kampus tahu pasal dia. Takkan orang lain tak boleh ceritakan kat aku. Tapi nak tanya siapa. Kawan-kawan aku empat kerat ni jer. Aku kan pelajar cool. Tak ramai kawan. Kampus pun belum semua aku jelajah lagi. Nak kena search pasal mamat tu pulak. Ceh! Buang karan jer!
Sewaktu kereta  kami kembali melintasi kedai makan di tepi jalan itu, aku sekali lagi menoleh mencari wajah lelaki yang menegurku sebentar tadi. Di seberang jalan, kelihatan dia begitu asyik bersembang dengan kawan-kawannya sambil sesekali tersenyum kecil. Kepala aku kembali memikirkan tentang assignment yang diperkatakan zura sebentar tadi. Assignment ke? Errmmmmmmm……….Ok…assignment!



sambungannya

Assignment Cinta 11

1 comment:

Anonymous said...

sambung please....