" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Sunday, February 6, 2011

ASSIGNMENT CINTA 3

Bahagian 3

            “ maafbuku  ni awak nak guna ke?” seorang lelaki tiba-tiba muncul di hadapanku. Aku memandangnya sekilas sebelum menggelengkan kepala. Dia senyum. Mengambil buku di atas meja dihadapanku sebelum berlalu pergi. Aku kembali menyambung  membaca buku dihadapanku. Hari itu, Library tak ramai orang. Sengaja aku pilih tempat di bahagian hujung. Sedikit mencari privacy dan ketenangan.  Sudah satu jam aku disitu. Mencari bahan-bahan untuk  dimuatkan ke dalam assignmentku nanti.  Sesekali aku melihat jam di pergelangan tangan. Mana Has ni? Kata nak datang. Tak datang-datang. Sampai dah naik kematu punggung aku ni bertenggek  di atas kerusi ni.  Meskipun aku suka masuk library tetapi tidak untuk hari ini. Banyak hal lagi yang harus aku selesaikan hari ini selain daripada bertapa dalam library ni.
            “ maaf, boleh saya pinjam buku ni?” lelaki itu datang lagi mengganggu. Oi, tak ada kerja lain ke nak buat. Tak nampak ke orang tengah khusyuk ni. Macam-macam hal lah mamat ni. Aku merenungnya geram.
            “ buku apa?” soalku bernada tinggi sikit. Dia senyum sahaja. Menampakkan lesung pipit di sebelah pipi kanannya. Kaca matanya terletak elok di tengah hidung. Berkumis. Ceh, sempat lagi aku menyorot wajah lelaki di depanku itu.
            “ buku ni…..” buku di hadapanku ditunjuknya. Aku melihat tajuknya seimbas lalu. “ Communication interpersonal”. Entah bila masanya buku tu aku ambil, aku pun dah tak ingat.
            “ maaf, buku tu saya nak pinjam,” ujarku berdalih. Sengaja nak cari pasal. Padahal entah bila masanya aku ingin membelek buku tu pun aku tak tahu. Kepalaku tengah berserabut dengan assignment ni, dia pulak datang nak kacau-kacau. Aku kerate jugak kang!
            “ Lama ke awak nak guna buku ni. Penting ke? Bagi saya pinjam dulu boleh?” pintanya berbahasa. Tapi saat itu, memang angin aku dah serabut sampai kepala.
            “ awak, buku tu saya nak pinjam. Saya punya sukalah berapa lama saya nak pinjam. Saya yang jumpa dulu. Nak, ambil minggu depan.” Ujarku geram. Ku lihat wajahnya berubah corak. Peduli apa aku, dia marah ke tak. Pantasku bangun, mengemas-ngemas buku dan nota-nota di atas meja, sebuah ku letakkan kembali di tempat asalnya, manakala dua buah lagi aku kelekkan menuju ke kaunter pinjaman di tingkat bawah. Sewaktu aku ingin keluar dari bahagian jurnal tu, tiba-tiba lelaki itu datang menghadang.
            “ nota awak. Tercicir tadi,” beritahunya tenang. Aku terkedu. Mamat ni apa hal. Aku dah marah dia, tapi dia boleh cool aje. Siap boleh kejar aku lagi nak bagi nota aku ni.
            “ terima kasih. Nah, buku tadi. Saya tukar fikiran. Tak jadi nak pinjam.” Entah macam mana aku menghulurkan buku yang menjadi rebutan kitaorang sebentar tadi kepadanya. Dia menyambutnya dengan teragak-agak.
            “ Er..tak apa. Kalau awak nak guna dulu. Saya boleh tunggu minggu depan.” Dia remind balik kata-kataku tadi.
            “ that’s ok. Saya tak guna pun. Awak nak sangat tadi kan. Nah, ambillah.” Angin aku dah mula cool.
            “ are you sure?” dia inginkan kepastian. Aku angguk.
            “ well, thanks.” Dia senyum lagi. Buku akhirnya bertukar tangan. Aku membuka pintu, ingin melangkah keluar.
            “ er…boleh tahu nama?” soalnya teragak-agak. Langkahku mati. Aku pandang dirinya atas bawah.  Buat apa nak tahu nama aku pulak. Kan buku dah dapat tu. Tapi biarlah. Nama aje kan. Bukan dia nak aku jadi mak wenya pun. Kasi ajelah….
            “ in….” ringkas jawapanku. Keningnya terangkat.
            “in?” soalnya bagai ingin memastikan tidak salah menyebut namaku. Aku senyum paksa.
            “ problem?”
            “ nop…” dia turut sengih paksa. Aku berpaling dan melangkah keluar. Lelaki itu masih belum mahu berganjak. Kaca matanya di angkat-angkat dua tiga kali.
            “er, nice to meet u….saya….sssaya out!”  baru beberapa langkah aku melangkah, dia melaungkan sesuatu kepadaku. Aku berhenti melangkah. Huh, nasib baik kat situ student tak ramai. Bukan ke kita ni dalam library, bro?. Aku berpaling memandangnya sekilas. Dari balik pintu yang masik terkuak, kelihatan dia sengih lebar. Out? Apa yang out? Namanya out? Ooooo….perli ya! Tak guna punya jantan. Dah aku kasi buku tu elok-elok, boleh lagi dia main-mainkan aku. Siap engkau encik out. Kita jumpa lain kali, tahulah aku ajar engkau. Ingat U ni luas sangat ke?

sambungan..
Assignment Cinta 4

No comments: