" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Thursday, June 2, 2011

Assignment Cinta 11

-->
“ woit bangun la, kelas!” zura masih berlingkar dalam selimut waktu aku kejutkan dia pagi tu. Entah kenapa, liat pulak minah ni nak bangun. Selalunya dia yang kejutkan aku. Hari ni, aku pulak yang kejutkan dia. Selepas sembahyang subuh tadi, tiba-tiba aje dia tumbang balik. Biasanya dia lebih suka mengadap nota atau buku-buku studynya. Minah ni memang rajin sikit. Memang kalah sikitlah kalau nak dibandingkan dengan aku. Heheh!
“ aku tak larat la in, rasa macam nak demam je ni. Engkau pergi ajelah. Nanti bagitahu zila aku tak masuk kelas hari ni.” Ujarnya dalam suara serak-serak basah. Itupun bunyi sayup-sayup sebab dia bungkus kepalanya dengan kain selimut . Pulak dah.
Aku tarik selimut yang menutupi wajahnya. Aku letakkan tangan aku kat dahinya. Waktu tu, matanya memang tengah stim giler layan ngantuk plus demam. Sah, dia demam. Kelmarin punya angkara la ni. Aku pun rasa tak sedap badan je ni. Kepala pun rasa macam berat je nak melangkah. Nak pergi kelas ke tak ni. Tapi kalau tak pergi, kena masuk mengadap prof. rosli pulak. Hari ini ada perjumpaan penting kelas audit kom. Arghh…….masalah betul.
Aku kerling jadual yang tertampal di dinding simen. Hari ini ada 3 kelas. Tapi kelas prof rosli pagi ni aje. Ok, hari ini masuk kelas prof rosli dan pergi klinik, ambil ubat. Lepas tu balik……tidur!
Keluar bilik, aku menuju ke bilik zila dan zue, ketuk pintu sekali…dua kali, kedengaran suara zila suruh masuk. Ai, dah siap minah ni. Cepat betul. Aku masuk, duduk di birai katil zue yang masih tungang-langgang tak berkemas. Katil zila biasa lah, bangun aje, sepantas kilat dia kemas. Siap tarik bagi jangan ada kedut lagi. Memang dia kaki pembersih, kaki pengemas. Pantang tengok barang berselerak sikit, mulalah dia mengomel. Tak macam aku, bangun tidur, rileks dulu, lepas mandi, baru aku kemas. Tu pun kadang-kadang aje. Katil aku tu lebih banyak tak berkemas daripada berkemas. Aisey…terbocor bad attitude la  pulak.
“ zue mana?” Tanya aku apabila menyedari zue tidak ada di dalam kamar tu. Waktu tu zila menyikat rambutnya yang panjang separas pinggang. Ayu jer.
“ mandi. Kenapa tak siap lagi? Kata ada kelas pagi. Zura dah siap? Aku nak kena keluar awal sikit hari ini. Ada hal sikit.” Zila duduk mengadap aku. Huh! Bertubi-tubi minah ni bercakap. Tak penat ke?
“ zura demam. Dia pesan tadi, tak payah tunggu dia. Dia tak masuk kelas hari ini. Aku pun rasa badan macam  tak best je ni. Demam juga agaknya. 
“ pulak dah. Teruk ke demamnya. Nak ke klinik tak, nanti tengahari sikit, aku balik ambil korang. Tak boleh dibiarkan  demam tu, nanti melarat.”  Ujar zila concern. Dia ni bagus betul lah, tahu-tahu aje bila nak bagi servis best kat aku dan zura.
“ engkau tak sibuk ke?, tak apa, aku pergi dengan bas aje. Lagipun, aku ada kelas pagi ini. Nanti aku share ubat dengan dia lah. Demam je, ubat sama je lah kot.” Aku cakap dalam pening-pening. Alahai, kuat pulak berdenyut kepala aku ni. Sampaikan wajah zila pun dah mula nampak tak nampak. Zila tiba-tiba bangun menuju ke almari pakaiannya. Waktu tu pandangan aku sekejap nampak dia, sekejap gelap. Aduh! Rasa macam nak tidur aje ni.
“ oklah. Aku ke bilik dulu. Nanti apa-apa hal aku telefon engkaulah. Lagi satu, kalau engkau terjumpa Has, pesan kat dia, aku suruh salinkan nota prof rosli.” Aku dah mula berjalan ke muka pintu. Zura di balik pintu almari mengangguk-angguk kecil.
“ ok.” Jawabnya sepatah sebelum aku menutup pintu biliknya. waktu itu, terjengul wajah zue yang baru sahaja keluar daripada bilik mandi.
“ hah, tak pergi kelas ke hari ini?” tanyanya sambil mengelap-ngelap rambutnya yang basah dengan tuala yang tersangkut di bahu kanannya.
“ sekejap lagi kot. Lagipun kelas aku pukul 9.30. engkau pergi dululah.” Ujarku dalam pening-pening lalat. Ah!, kenapa berat betul rasanya kepala aku hari ini?
“hah, iyalah.” Ujarnya sambil membuka pintu bilik yang dikongsikannya dengan Zila. aku segera memasuki bilik dan kembali berbaring di atas katil. Kepalaku makin kuat berdenyut. Sakit menyucuk-nyucuk. Badan pun dah rasa panas sejuk ni. Alahai…kan kalau ada mak kan bagus. Boleh minta tolong tuamkan kepala aku ini dengan air. Tak pun manja-manjakan aku. Erm…masa-masa begini, cepat aje ingatan aku kembali ke kampung. Manakan tidak, kalau aku demam, mesti ada mak yang jaga. Pastikan aku makan ubat, mak buat bubur dan picit-picitkan kepala aku ni. Ntah, tiba-tiba rasa macam nak pulang kampung ajelah pulak.
Sedang aku tengah berkhayal pasal orang kampung aku tu, tiba-tiba telingaku menangkap bunyi ring tone handset Zura di atas meja studynya. Adoila….ganggu betul. Aku baru tengah bersentimental ni, kacau daun betullah.
Aku pandang wajah Zura yang terlentang di atas katilnya. Matanya terpejam rapat. Lena betul minah ni tidur. Mesti dia dah pekena panadol ni.  Sah, tidur mati. Ring tone begitu punya kuat pun, langsung dia tidak bergerak. Hish! Minah ni kalaulah di Malaysia ni ada gempa bumi macam kat jepun tu, mahunya tertimbus gitu aje.
Bising mendengar ringtonenya yang entah lagu apa-apa tu, aku bingkas bangun mendapatkan handphonenya. Tertera di skrin, perkataan sayang calling……So, nak angkat ke tak ni? 


sambungannya:
Novel online: Assignment cinta 12














No comments: