" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Sunday, February 6, 2011

ASSIGNMENT CINTA 7

Bahagian 7

            “ Ok, saya nak semua tugasan yang saya suruh dua hari lepas diserahkan selepas kelas ni nanti. Sekarang saya nak kamu semua bentuk satu kumpulan baru. Saya cuma hendak tiga orang sahaja dalam satu kumpulan.,” Prof. Azim dah bagi arahan baru. Semua pelajar dalam Kelas Sistem Maklumat Pengurusan hari itu masing-masing dah pamer muka sembelit. Ah, assignment lagi. Tak habis-habis dengan assignment. Sampai kepala aku dah naik biol dengan assignment. Dahlah semester ini jam kereditku banyak. Tujuh subjek aku carry. Mampus, kalau aku tak boleh skor, pasti PMK  aku jatuh lagi.
            “ Saya nak setiap group ada lelaki perempuan. Saya tak nak lelaki-lelaki, perempuan-perempuan sahaja,” Professor yang belajar di UK ini memberi arahan lagi. Aku mengeluh. Ni yang lemah ni, kalau ada lelaki dalam group, biasanya dioranglah yang jadi ketua. Perempuan jadi anak buah punya.  Terpaksalah bagi laluan.
            “ Fazwin, aku masuk group engkau ye?” Azman di sebelah mengetuk mejaku dengan pennya. Dalam kelas hari itu, entah macam mana dia duduk disebelahku pulak. Aku pandang Has disebelah kiri. Dalam group aku, memang Has dah sah-sah anggota anggota. Tunggu seorang je lagi. Has angguk. Ok, kami bertiga untuk group kali ini.
            “ Ok,  kalau semua dah ada group, saya minta kamu datang ke pejabat saya  nanti, ambil tajuk tugasan. Kelas hari  ini sampai di sini saja kerana saya ada mesyuarat. Dan jangan lupa, tugasan dua hari lepas, sila hantar dengan segera di bilik saya hari ini juga. Siapa lambat hantar, saya bagi C,” Tegas kata-kata Prof. Azim kali ini. Aku telan air liur. Nasib baik tugasan tu aku sempat siapkan. Kalau tak naya je kena khutbah dengan Prof. Azim
            Sejurus Prof. Azim keluar, kelas kembali bising dengan budak-budak yang kalut apabila masing-masing sibuk mencari kumpulan untuk assignment kali ini. Azman di sebelahku mengetuk meja. Aku tersentak. Mamat ni, sikit-sikit ketuk meja, tak boleh tegur elok-elok ke. Nasib baik jantung aku ok, kalau tak dah terbungkang aku kat sini. Tak de akal punya jantan.
            Aku berpaling ke arahnya. “ Tajuk assignment ni siapa nak ambil?” soalnya. Has tengok aku. Aku tengok Has. Masing-masing jungkit bahu. Azman melongo.
            “ Siapa ketua, dia ambillah,” jawabku. Azman angkat kening. “ so, siapa ketua?” soalan cepu emas terkeluar juga. Aku sengih. Has pun sengih. Memang sah-sah engkau dah En. Azman oi! Tu pun nak tanya lagi ke?
            “ Aku ke?” Soalnya macam tak faham pula isyarat Non- Verbal kami. Aku angguk.
            “ Tapi aku tak bolehlah. Semester ini aku kena cover banyak subjek. Semua aku yang jadi leader. Kali ini engkaulah In, aku ikut aje…” serius bunyi suaranya. Pen di tangannya masih mengetuk-mengetuk mejanya. Emm, peluang engkau la In. Aku pandang Has, Has angguk je. Has ni pun satu, semua nak aku yang bagi keputusan. Kerjanya angguk, geleng, angguk, geleng. Susah betul.
            “ Ok, tapi kerja kena bagi sama adil. Aku tak nak engkau lepas tangan pulak . aku tak suka,” Akhirnya aku bagi kata putus. Azman senyum. “ beres….Ok, aku chow dulu. Apa-apa hal engkau contact akulah. Aku ada hal sikit ni,” Azman bangun, mengambil nota-notanya di atas meja, menolak kerusi ke belakang dan mula melangkah.
            “ Jab…! nak contact macam mana, no phone engkau tak ada…” mamat ni sengal betul la. Suruh telefon tapi tak denya bagi nombor telefon pulak. Hish! Azman pusing kepala 15 darjah.
            “ Opppsss, lupa. 0126578256.” Aku terkial-kial menulisnya di atas nota. Cakap laju macam roket. Tak nyempat-nyempat nak keluar. Langkahnya kembali diatur ke muka pintu.
            “  So, temankan aku pergi bilik Prof. Azim. Kita ambil tajuk. Sempat la sebelum masuk kelas TITAS nanti.” Aku bagi  arahan kepada Has. Has angguk. Angguk lagi. Dah tak ada suara agaknya minah ni. Kami bangun, menolak kerusi dan berlenggang keluar kelas. “ Tiq Fazwin!” ada suara lelaki memanggilku dari belakang. Aku segera berpaling. Nik iskandar rupanya.
            “ Ya?” jawabku teragak-agak. Benarkah apa yang aku dengar ni? Lelaki paling popular, paling hensem dalam kelas ni panggil nama aku! Tak pernah-pernahnya mamat ni tegur aku, alih-alih hari ini panggil nama aku pulak, apa hal? Nik iskandar bangun dari tempat duduknya menuju ke arahku. Segakla mamat ni, getus hatiku. Ceh, sempat lagi kepala bangang aku buat penilaian.
            “ Aku masuk group awak boleh?” ujarnya sewaktu betul-betul berada di hadapanku. Aku telan air liur. Biar betul. Takkanlah dia masih tak ada group lagi. Dah dua bulan, kitaorang berbumbung satu kelas, aku tengok mamat ni ramai peminat betul. Ada aje, budak-budak perempuan yang  mendampinginya.
            “ Kenapa?” Aisey, terkeluar soalan bodoh pulak.
            “ saja, awak dah ada member guy ke in group?” soalnya lagi. Tak semena-mena aku tenung wajah Has. Has dah pamer muka excited plus terkezut. Bayangkanlah!
            “ Errr…….sebenarnya, tadi Azman cakap dia nak masuk group saya. Kiranya dah cukup la. Awak tak ada group lagi ke?” Ujarku. Saat itu, aku perhati budak-budak dalam kelas yang masih sibuk mencari ahli-ahli kumpulan masing-masing. Tiba-tiba aku terpandang wajah Sofia dan Fatin di tengah-tengah kelas. Geng minah cantik, minah penggoda dalam kelas aku. Mata kami saling bertentang. Riak wajahnya macam tak puas hati aje. mesti ada yang tak kena ni. Aku agak-agak sofia ni duk perhatikan aku sejak dari tadi lagi gamaknya. Has tiba-tiba menyiku lenganku. Aku tersentak, kembali menatap wajah Iskandar.
            “ Er…ye ke? Tak apalah. Saya ingat awak tak cukup group lagi,” suaranya sedikit kendur dari tadi. Ni, frust ke apa?
            “ Is, masuk aje group kitaorang,” Sofia tiba-tiba berdiri di belakang Has. Terkezut aku! bila pula geng datin ni datang sini?
            Nik iskandar nampak rimas. Tanpa menjawab, serta merta dia berpaling ingin berlalu.
            “ Sorry ya,” aku rasa bersalah pulak tiba-tiba. Nik Iskandar berpaling sekilas, menghulurkan senyum kepadaku kemudiannya melangkah meninggalkan geng datin dan aku terkebil-kebil di muka pintu.
            Untuk seketika aku pandang wajah Sofia yang dah kelat kerana di buat dek oleh Nik Iskandar sebentar tadi. Ai, takkan orang hebat dalam kelas ni tak cukup group lagi. Biar betul. Mesti dia harapkan Nik Iskandar tu yang menjadi pelengkap kumpulannya. Tapi sayang, direject pulak. Sofia akhirnya mengheret tangan Fatin beredar dari situ. Terhegeh-hegeh dayang tu mengikut langkah puteri perasan tu. Meluat aku. Ha..ha.. padan muka, Iskandar tak layan. Baru dia tahu, tak semua taste lelaki tu sama aje. Puas hati aku!
            “ Dah jom, apa kono engkau ni In? tiba-tiba jadi watak utama drama kat sini pulak? Kelakar betul aku tengok muka si Sofia tu tadi bila iskandar buat bodoh aje dengan dia,”  Has tiba-tiba bersuara sambil turun tangga sekolah Pembangunan Sosial menuju ke Sekolah Bahasa, sekaligus menuju ke pejabat  prof. Azim.Aku senyum. Tiba-tiba rasa macam kembang hidung pula kerana berjaya membuatkan Sofia cemburu.
            “ Aku agak-agakla kan, sofia tu sukakan Iskandar. Sebab takkanlah tak ada guys nak masuk group datin perasan tu. Kan biasanya, sofia tu hot princess in class. Semua guy nak masuk dekat dengan dia aje. Padan muka! Makin hari, makin meluat aku tengok perangainya. Sampaikan Prof. Azim pun cair dengan lentoknya. Menyampah!” aku pijak anak tangga menuju ke bilik prof. Azim. Has di belakang, tercungap-cungap mengekor.
            “ Aku tak tahan betul tengok perangai minah dua orang tu. Berlagak tak bertempat. Tahu la diorang anak orang kaya. Mak bapak kerja bagus. Tak payahlah la ek lebih-lebih. Macam la muka tu lawa sangat. Cute lagi engkau In!” Has masih belum puas mengutuk. Aku sekadar menadah telinga.
            “ Aku cute? Ai, tak pernah-pernahnya engkau puji aku. Hari ini terkeluar pulak. Betul ke tak ni? Macam tak caya je,”aku berseloroh. Has senyum. “ aku tak pernah cakap ke?” soalnya mengingat-ngingat. “ nop……”
            “ In, engkau memang cute. Cute bermoral. Bukan cantik hancus!” Has puji aku lagi. Alahai, terasa riak la pulak. Apasal hari ini, ramai pulak orang yang nak bodek aku ni.
            Sejurus sampai di bilik Prof. Azim, aku mengetuk pintu biliknya. Terdengar suara garaunya di balik pintu, perlahan-lahan aku membuka pintu.
            “ Assalamualaikum Prof,” aku memberi salam. Hormat.
            “ Waalaikummussalam…” jawabnya. Kami saling berpandangan. Aku senyum. Has di sisi sudah menempel rapat denganku. Hish, minah ni, nak takut apa?
            “ Kami datang nak hantar Assignment dan nak ambil tajuk tugasan yang prof suruh ambil tadi. Kami dari kelas Pengantar Pemikiran, prof.”
            “ Ok, letakkan assignment tu atas rak sana tu. kemudian berikan saya nama ahli group awak. Cukup tiga orang?” prof Azim memberi arahan. Aku mengeluarkan assignment di dalam beg sandang dan meletakkannya di atas rak yang ditunjukkan olehnya sebentar tadi. Has pula menghulurkan nama ahli kumpulan kami kepadanya. Seketika, prof Azim angguk-angguk.
            “ Tiq Fazwin, Hasniah dan Azman,” dia membaca nama yang aku tulis di atas sekeping kertas kecil.
            “ Baiklah, siapa ketua kumpulan?” Tanyanya lagi. Aku ke hadapan sedikit dari Has.
            “ Saya, Prof. Fazwin.” Ringkas aku perkenalkan. Meskipun dah separuh semester Prof Azim mengajar kelas yang hari-hari aku masuk, aku bet mesti mesti dia tidak ingat punya dengan aku. Aku kan cewek yang paling pasif dalam kelas tu, gadis selamba. Cewek paling cool dalam kelas. Aisey terperasanlah pulak!
            “ Emm…ok. Oleh kerana awak group ketiga yang datang ke bilik saya, saya bagi awa tajuk nombor tiga. Tugasannya ada tertampal di atas meja tu. Salin dan buat sehabis baik, faham? And kalau ada masalah, boleh jumpa saya, is that clear? Memang prof Azim tegas nak mampus. Cakap sebijik macam abang aku bila dia naik hot waktu aku selongkar barang-barang miliknya. Tiba-tiba teringatkan orang kampunglah pulak.
            Aku angguk, Has angguk. Aku menyalin tajuk yang diberikan prof Azim. Has hanya memerhati kosong. Tengah aku dok khusyuk menyalin, ada ketukan di pintu bilik prof. Azim “ Masuk,” Lancar aje Prof. Azim bagi kebenaran. Pintu terkuak, menjengulkan wajah Iskandar. Kami saling berpandangan dan saling bertukar senyuman.
            “ Yes?” Soal prof Azim. Iskandar menapak ke hadapannya.
            “ Prof, saya tak ada group lagi ni. Prof letaklah saya mana-mana group pun tak apa,” Iskandar tanpa segan-segan memberitahu masalahnya. Prof. Azim merenung mukanya kemudian beralih ke mukaku dan Has silih berganti.
            “ Prof, terima kasih. Kami keluar dulu,” aku rasa macam tak best aje dengar masalah Iskandar. Mesti dia segan kerana tadi aku dah reject applicationnya nak masuk group aku. Aku cepat-cepat tarik tangan Has. Namun belum sempat aku keluar, prof Azim tetiba je memanggilku. Aku berpaling.
            “ Emmm….Fazwin, bagi Iskandar masuk group awak boleh?” Usul prof. Azim memang aku dah agak. Aku angguk aje. Tiba-tiba aku rasa macam dah jadi pemenang yang sah bila teringatkan wajah Sofia bila dia tahu, insan pujaan hatinya ni masuk group aku jugak. Heh!
            “ Ok, settle. Iskandar, awak satu group dengan Fazwin. Tajuk tugasan saya dah bagi dia tadi. Apa-apa hal kamu bincang. Yang penting, assignment saya, saya tak nak kamu buat cincau-cincau. Be serious in this subject. Kalau tidak, saya tak teragak-agak nak failkan kamu,” prof.  Azim tunjuk kuasa veto lagi. Aku angguk. Iskandar senyum, senang.
            “ Terima kasih prof,” Aku dah mula buka pintu. Has mengekor dari belakang. Iskandar pula di belakang Has.
            “ Thanks coz terima saya jadi group awak,” Sewaktu turun tangga, iskandar berbasa basi. Aku senyum. kami berjalan beriringan.
            “ That’s ok, no big deal,” aku jawab selamba.
            “Kenapa tak masuk group Sofia dan Fatin? Tadi nampak macam diorang pun tak cukup group aje,” Has mencelah. Iskandar sengih menampakkan giginya yang tersusun rapi sebijik macam gigi Tom Welling, pelakon Smallville, pujaanku!
            “ Faiz dah masuk group diorang. Lagipun saya malas nak join dengan diorang tu. Lemas,” jawab Iskandar  spontan. Aku gelak kecil. Has pun sama. Iskandar masih maintain dengan senyuman dibibirnya. Alahai, lemah lutut betul bila tengok dia senyum macam tu. Tapi, tahu juga mamat ni dengan perangai princess perasan dua orang tu.
            “ So, saya tak ada kelas sekejab lagi ni, nak buat discussion tak? Iskandar dah mula tunjuk minat nak jadi ketua. Aku apa lagi, terpaksalah melucutkan jawatan.
            “ Maaf, kami ada kelas sekejab lagi.  Hari sabtu ni macam mana. Kat Mall, pukul 4.00 petang. Pagi kan masing-masing ada Ko-K. Tak boleh,” Ujarku. Iskandar angguk.
            “ Ok, tapi boleh saya tahu tajuk apa. Saya ada masa free ni, at least boleh tolong carikan bahan dulu.” Oh, sukanya hati aku dengar. Mamat ni memang cool la. Macam ni lah lelaki idaman. Tiba-tiba hatiku berdetik.
            Aku hulurkan tajuk assignment. Iskandar ambil. “ Bagi awak pegang dulu. Nanti kita bincang.” Aku bagi arahan. Jawatan leader belum terlucut secara rasmi lagi. Berlagak la dulu.
            “ Ok, see you then!” dia mula melangkah meninggalkan kami. Sewaktu dia menghilang di balik tembok kafe, Has tiba-tiba menyiku lenganku.
            “ In, aku rasa Iskandar suka kat engkau la,” Aku membeliakkan mata.  Sudah….Si Has ni dah mula mengarang skrip cerita Hindustan pulak!
            “ Jangan nak mengarut. Aku belasah karang!” aku mula rasa pelik. Gila ke apa, mamat tu baru aje aku kenal, tiba-tiba minah ni kata dia syok kat aku pulak. Sengal!
            “ Aku agaklah la In, dari tadi aku tengok dia dok tenung engkau, cakap pun dengan engkau aje. Aku, dia buat dono je,” Has mula dah. Aku mencebik.
            “ Dah engkau yang tak nak cakap dengan dia. Memang la dia tengok muka aku. Kan proses communication, kita kena tengok mata orang yang kita bercakap, bukan tengok kaki bila bercakap. Barulah mesej tu sampai dengan baik dan jelasnya. Engkau ni, kata student Comm, basic subjek pun fail. Apa daaa…,” aku malas ambil kisah dengan kata-kata Has.
            “Tapi kalau betullah la In, bertuah la engkau, mamat hensem giler tu! dahlah baik, sporting, gentleman lagi. Meroyanlah Sofia kalau semua ni jadi kenyataan. Hahaha...” aku pandang wajah temanku itu atas bawah. Ceh, tak habis lagi rupanya. Aku renung wajahnya dalam-dalam. Sedikit kesal dengan kata-katanya sebentar tadi.
            “ Jangan nak bergossip tak tentu hala. Aku kerate karang!” Aku bagi warning. Has sengih!
            Aku kerling jam di tangan. Lagi lima minit, kelas TITAS nak mula. Langkah kakiku perlebarkan. Biar sempat masuk bilik kuliah sebelum student lain ramai masuk. Subjek teras U tu memang ramai student. Dari student first semester hingga last semester. Siapa-siapa pun boleh ambil subject ni ikut suka. Tak macam subjek kos, bila dah masuk semester tiga baru boleh ambil. Tu pun nak kena ikut aturan jugak. Ada paper-paper yang kena lulus paper satu dulu baru boleh ambil paper dua.
            “ Oit. Tunggulah kot ye pun. Jalan macam nak pergi shopping. Tak sabar-sabar.” Has dah merungut bila acapkali aku tinggalkan dia di belakang.
            “ Cepatlah, nanti kena duduk belakang. Susah nak salin nota. Engkau tu dahlah rabun,” aku tarik tangannya kasar menuju ke DKG 1/1.

sambungan...
Assignment Cinta 8

No comments: