" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Saturday, August 6, 2016

TIPS PERSEDIAAN MENGEMBARA KE LUAR NEGARA




(USS, SINGAPORE MARCH 2016) 


Tidak kira istilah apa pun yang di berikan kepada pelancong atau individu yang gemar mengembara, tujuannya tetap sama. Melihat keindahan dan memahami budaya berbeza masyarakat tempatan serta mencuba perkara baharu di negara lain menjadi salah satu agenda utama. 

Tetapi dalam masa yang sama, secara sedar atau tidak, terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat, bukan sahaja berdasarkan pengalaman, tetapi pelbagai sudut lain yang mungkin kita boleh pelajari. Kebiasaannya, pengalaman bukan sekadar menjadi ukuran semata-mata yang dapat dilihat terhadap individu dalam kelompok ini. Ia terpulang kepada bagaimana kita hendak menilainya. Antara beberapa sikap dan perkara penting yang boleh dinilai atau mungkin dipelajari adalah: 

1- PEMIKIRAN
PERKARA pertama yang akan atau perlu dibentuk adalah pemikiran. Tidak prejudis terhadap apa sahaja dan lebih berfikiran terbuka. Mengapa? Ini kerana ia dibentuk melalui cabaran dan laluan yang dilalui oleh individu tersebut, bermula dari hari pertama sehingga hari terakhir menjejak kaki ke luar negara " X"  yang sebelum ini dikenali mempunyai sentimen Islamophobia atau mungkin mempunyai kadar indeks jenayah yang tinggi. Pergi dahulu, baru tahu. 

Jangan takut kerana ia hanyalah disebabkan paranoid semata-mata. Apakah yang perlu dilakukan didalam situasi begini? Hanya sediakan  kelengkapan ( termasuk duit yang cukup) dan berserah kepada DIA. 

2- MUDAH DAN BERSAHAJA
JIKA di negara sendiri, segalanya akan terlintas dalam fikiran setiap hari dan waktu, daripada sekecil perkara sehingga sebesar masalah. Tetapi percayalah, jika ada perasaan, inilah antara perubahan yang akan berlaku terhadap golongan ini ( majoriti). Selepas sampai ke destinasi, apa yang ada itulah yang mencukupi. Keperluan mengatasi kehendak. 

3- NILAI SATU PERKATAAN
JIKA anda tiba di mana-mana negara, mulakan perbualan tanpa mengira tua. muda, lelaki atau perempuan. Jangan takut untuk mencuba atau ditolak kerana itu perkara biasa. Selepas itu, persahabatan akan terus berpanjangan jika ditakdirkan. Sepanjang pengalaman lalu, lapangan terbang tempat terbaik untuk mencuba. 

4- BAHASA
BERNIAT untuk ke Perancis atau Bosnia? Lupakan sebentar bahasa Inggeris. Bonjour,  Vidimo Se dan Hvala atau beberapa perkataan lain mungkin boleh menjadi penghubung erat antara anda dan rakyat tempatan. Bayangkan situasi sama jika ada Mat Salleh yang boleh bercakap dalam loghat Kelantan. Terpegun bukan?

5- HITAM, PUTIH SEMUANYA SAMA
JIKA dilihat pada warna, betul ada bezanya. Tetapi jika dinilai lebih mendalam, anda akan sedar makna penyataan di atas. Cuma kadangkala kita terlupa pangkat, harta dan paras rupa bukan penentu segala. Retorik? Inilah masa terbaik untuk melihat sejauh mana kebenarannya.

6- BAIK ATAU BURUK DI MANA SAHAJA
Orang Kelantan sombong atau mungkin orang Arab jahat, kasar, sememangnya pernyataan yang perlu disanggah.Bukan kerana penulis berasal dari Kelantan, jauh sekali berdarah campuran Arab. Tetapi inilah hakikat bahawa jahiat, baik, buruk atau cantik bukan dibentuk daripada faktor geografi atau pelbagai geo yang lain, tetapi?....jawapan ini ada pada diri anda sendiri. 

7- KUALITI BUKAN PADA HARGA
THE most expensive things isnt good thing sangat tepat dalam dunia realiti, walaupun mungkin pada barangan. Malah perkara utama yang menjadi keutamaan  ketika berada di nagara orang sudah semestinya keselesaan.


petikan diambil dari: 
wartawan utusan malaysia : (MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI) 
utusan malaysia, sabtu 6 ogos 2016


No comments: