" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Sunday, August 28, 2016

KEAJAIBAN NABI S.A.W KETIKA BAYI



KEDENGARAN suara tangisan bayi yang baru lahir dari sebuah rumah di Kampung Bani Hassyim di Makkah pada 12 Rabiul Awal 571m. Aminah tersenyum lega. Anaknya telah selamat dilahirkan. Tetapi seketika dia teringat kepada arwah suaminya, Abdullah bin Abdul Mutalib yang telah meninggal enam bulam sebelum itu. Ya, bayi yang kemudiannya di beri nama Muhammad ( Yang Terpuji) oleh datuknya itu lahir dalam keadaan yatim. Ayahnya meninggal di Yathrib ketika baginda beusia tiga bulan di dalam kandungan ibunya. 

Kelahirannya yang yatim ini dituturkan di dalam Al-Quran:
" Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Ia memberikan perlindungan?" ( Surah Ad-Dhuha, Ayat 6)

Aminah, janda beranak satu itu hidup dalam keadaan miskin. Suaminya hanya meninggalkan sebuah rumah dan seorang hamba, Barakah Al-Habsyiyah ( Ummu Aiman). Ketika itu, sudah menjadi kebiasaan bangsawan arab, bayi yang dilahirkan disusukan kepada wanita lain, khususnya kepada wanita dusun, supaya hidup di dalam keadaan alam yang segar dan mempelajari bahasa arab baku. Ada hadis yang mengatakan bahawa kebakuan bahasa warga arab dusun lebih terjaga. 

Sementara mendapat ibu susuan bagi Muhammad, Aminah menyusukan sendiri Muhammad selama tiga hari. Kemudian bayi itu pula disusukan pula Tsuwaibah, hamba Abu Lahab, bapa saudara Nabi Muhammad yang langsung dimerdekakan kerana menyampaikan khabar gembira di atas kelahiran Nabi, sebagai ungkapan rasa gembira Abu Lahab.


AIR SUSU MELIMPAH
Beberapa hari kemudian, datanglah kafilah dari dusun Bani Sa'ad, dusun yang jauh dari Kota Makkah. Mereka menunggang unta dan keldai. Antara mereka ada sepasang suami isteri, Harits bin Abdul Uzza dan Halimah As-Saadiah. Harits menunggang unta betina tua dan Halimah menunggang keldai yang kurus kering. Halimah dan wanita lain datang ke Makkah untuk mencari kerja iaitu menyyusui bayi bangsawan arab yang kaya. Sebagaimana dalam kehidupan moden, baby sitter akan mendapat bayaran yang tinggi jika dapat mengasuh bayi dari keluarga kaya. 

Sampai di kota Makkah, Halimah cemas kerana beberapa wanita Bani Sa'ad yang tiba terlebih dahulu sedang bersiap-siap untuk pulang kerana sudah berjaya membawa bayi yang akan diasuh. Setelah ke sana dan kemari, akhirnya ada juga seorang ibu, iaitu Aminah yang menawarkan anaknya untuk disusui. Namun ketika mengetahui keadaan ibu muda yang miskin itu, Halimah langsung menolak. Dia dan suaminya mengelilingi kota Makkah, tetapi tidak ada seorang pun yang mahu menyerahkan bayi kepadanya untuk disusui. Ya, bagaimana mereka percaya, seorang ibu kurus yang menaiki keldai kurus pula akan mengasuh bayi mereka dengan baik?

Halimah hampir berputus asa, tambahan pula suaminya sudah mengajaknya pulang meskipun tidak membawa bayi untuk diasuh.  Namun dia berkata, " Aku tidak mahu pulang dengan tangan kosong. Alangkah baiknya  jika kita mengambil anak yatim itu dengan niat menolong." 
" baiklah, kita bawa sahaja anak yatim itu, semoga Allah memberkati kehidupan kita," Ujar suaminya. 

Setelah bersepakat tentang harga upah menyusu, Muhammad pun diberikan kepada Halimah. Subhanallah!, kantung susunya membesar, air susunya mengalir deras, dan bayi kecil itu menghisapnya sehingga kenyang. Dia hairan kerana selama ini, susunya sendiri kurang untuk diberikan kepada bayinya sendiri, tetapi sekarang ianya melimpah, sehingga cukup untuk diberikan kepada bayinya sendiri dan bayi asuhannya?

Seiring dengan kejadian aneh yang dialami Halimah, suaminya juga hairan mengapa kantung susu unta betina tua juga tiba-tiba membesar dan dipenuhi air susu. Halimah turun dari keldainya dan terus memerah susu itu. Dia dan suaminya yang sebelumnya tersangat lapar kini dapat meminumnya dengan rasa puas dan kenyang. Setelah keduanya kenyang, Halimah kembali menunggangi keldainya dan bergerak pulang. Sepanjang perjalanan, keldai tersebut berjaya menyaingi keldai rakan-rakannya yang pulang terlebih dahulu sebelum ini. 

" Halimah! Halimah!, lajunya keldai kamu berjalan. Bagaimana  ia mampu melewati gurun pasir dengan begitu cepat, sedangkan ketika berangkat ke Makkah, ianya bergerak sangat lambat," rakannya menegur. 

Halimah sendiri bingung dan tidak dapat memberikan jawapan kepada rakan-rakannya. Sampai di rumah, anak-anaknya gembira kerana orang tua mereka pulang lebih awal daripada orang lain. Apatah lagi ayah mereka membawa air susu yang cukup banyak, yang hasilnya daripada susu unta tua betina dan keldai kurus kepunyaan mereka. 

Dalam sekelip mata, kehidupan Halimah pun berubah. Perkara itu menjadi bualan di kampungnya. Keluarga yang asalnya miskin itu hidup dalam keadaan damai, gembira dan serba mencukupi. Kambing-kambing yang dipelihara mereka menjadi semakin gemuk dan semakin banyak air susunya. walaupun rumput di daerah mereka tetap gersang. Ajaib! Malahan penternakan kambing milik Halimah berkembang  pesat, sedangkan kambing-kambing milik jiran mereka tetap kurus kering, padahal rumput yang dimakan adalah sama.Kerana itulah, mereka menyuruh anak-anak mereka mengembala kambing- kambing mereka berdekatan dengan kambing-kambing milik Halimah, Namun hasilnya tetap sama. Kambing para jirannya tetap berkeadaan yang sama. 

DIBELAH DADA





No comments: