" a life is a journey..."

" a life is a journey..."

Sunday, February 6, 2011

ASSIGNMENT CINTA 5

Bahagian 5

Petang ni kita keluar pergi pasar malam Changlun nak?” Tanya Zida tengahari itu. Waktu itu kitaorang sedang makan di kedai Mak Kiah, di hujung selekoh depan rumah sewa. Kami berempat apabila pagi tadi, Zida tiba-tiba sudah terconggok di depan tangga rumah sewa. Katanya dia rindu kat aku. Hah, betul sangatlah tu! tapi sayang Zue tak ada sebab dia ada dating dengan Shah.  Aku yang duduk disisinya menganggukkan kepala. Zila dihadapanku, kembali menyuap mee sup ke mulutnya. Zura pula syok aje menghirup jus orange yang tinggal suku jer lagi nak habis dalam gelas.
“ Boleh, lagipun aku nak beli buah. Dah seminggu aku tak makan buah favourite aku tu, rasa lain macam je,” Aku kemudiannya membalas. Zura menarik mee sup Zila, menyuapkan ke mulutnya dua tiga sudu. Nasi ayamnya sudah licin pinggan. Zila pula menarik milo aisku dan meneguknya dua tiga kali. Aku sekadar membuang pandang. Zida dari tadi terkebil kebil aje.
“ Emm, ok. Nak ajak Zue sekali tak?” tanya Zila sambil menolak gelas milo aisnya kembali dihadapanku.
“ SMSlah. Tapi biasanya petang ni dia balik Arau dengan Shah. Esok kan tak ada kelas.” Zura membalas. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Minah tu memang tak boleh berenggang langsung dengan pak wenya. Sudahlah hari-hari jumpa. Balik kampung pun membonceng pak wenya juga. Hai, nasib badan. Aku terfikir juga, tak lemas ke asyik berkepit dua puluh empat jam. Merenung dan bercakap dengan orang yang sama setiap hari. Apa, dua-dua orang tu tak ada privacy life ke?
“ Apahal engkau tiba-tiba menggeleng ni In? Buang tebiat?” Soal Zida di sebelahku apabila melihat gelagatku sebentar tadi. Aku sengih, control laku. Hish, macam mana Zida ni boleh perasan pulak.
“ Tak ada apa-apa, saja rasa macam nak menggeleng,” aku bagi jawapan budak tadika. Zura sengih.
“ In dah lalok la tu. Hari-hari minum milo ais.” Spontan Zila menjawab bagi pihakku. Terburai ketawa tiga orang sahabat itu. Ceh, kenakan aku. Tak guna punya kawan. Aku protes dalam hati sendiri.
“ Aku nak beli cd la. Mesti ada cerita Hindustan terbaru sekarang ni. Ala, Shah Rukh Khan dengan Rani Mukherjee tu. Entah apa ke tajuknya, aku dah lupa.” Zida tiba-tiba mengalih topik. Aku tunduk, kembali meneguk Milo ais di atas meja.
“ Ni lagi sorang, minah Hindustan. Tak habis-habis alam fantasi. Cuba hidup bersandarkan reality sikit. Ni tak, nak berjiwang jer kerjanya.” Aku memberi khutbah.
“ Apa pulak, tengok cerita Hindustan tidak semestinya kitaorang ni minah jiwang. Engkau tu yang tak pandai tengok. Asyik-asyik tengok cerita kung fu, cerita hantu, cerita pelik-pelik. Hish, brutal betul.” Zila menegur. Aku tergelak. Dalam ramai-ramai, Zila jugaklah yang tahu cerita favourite aku. Bestnya.
“ Cerita macam tulah bagus, ada thrill, ada suspen!” aku membalas spontan. Enggan kalah di tangan kawan-kawan. Mereka bertiga mencebik. Aku ketawa senang.
“ Korang kan, aku tahulah masing-masing dah ada pak we. Sebab tu suka tengok cerita khayal-khayal macam tu. tapi aku bosanlah tengok cerita macam tu. Static je. No thrill at all. Lame!. Stereotaip, lelaki jumpa perempuan ,jatuh cinta.  Gaduh-gaduh sikit, habisss……..dah boleh agak dah endingnya camana,” Jelasku panjang lebar.
“ Tahu tak apa. Aku rasa kan, engkau ni kena cari pak welah. Baru tahu menghayati cerita Hindustan macam kitaorang ni. Ni tak, asyik dan kondem kitaorang aje,” Zila dah keluarkan idea gila-gilanya nak menyakat aku. Zura disisinya tersenyum penuh makna.
“ Ha-ah, kita pakat carikan dia pak we. In ni kalau nak harapkan dia jatuh cinta, sampai ketualah agaknya. Fobia pelik betul dengan orang lelaki. Meh, kita ajarkan dia cinta. Biar dia rasa!” cadang Zida spontan. Gulp, aku telan air liur yang tersekat di kerongkong. Gila! Ingat senang nak buat aku jatuh cinta? Sorrylah kawan, ni In lah. Bukan gadis lemah macam korang. Lelaki ayat sikit, lembik!
“ Okey, set. Aku ada kawan dua tiga orang. Nanti aku kenalkan dengan engkau In. Lepas ni, mana tahu dia pulak yang bersungguh nak tengok cerita Hindustan.” Zila menambah idea gila itu.
“ Wo…wo, wait seminit, korang ni biar betul. Ingat aku ni apa?” aku mula hot. Suka-suka hati diorang aje nak kenen-kenenkan aku dengan lelaki itu, lelaki ini. Serentak itu, ketiga-tiga sahabat itu ketawa panjang.
“ Kitaorang gurau ajelah. Itupun nak marah,” Zida disisiku menepuk bahuku dua tiga kali. Rasa mendidih di hatiku sebentar tadi dah kembali jadi suam-suam kuku.
“ So,malam ni pukul berapa nak keluar. Aku nak bagitahu Zue ni. Manalah tahu, dia nak ikut”. Soal Zila kemudiannya. Zida jungkit bahu. Zura buat muka selamba. Ni tak lain,nak aku jugalah yang buat keputusannya.
“ Pukul 8.30 lah. Lepas Insyak. Seronok sikit nak jalan-jalan. Balik terus tidur je. Dah tak payah nak fikir pasal sembahyang Insyak lagi,” Aku bagi usul. Zura angguk. Setuju. Zida buat muka selamba. Zila dah mula menekan-nekan keypad handsetnya. 





sambungan...
Assignment Cinta 6

No comments: